Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

ASX Menunda Pelancaran Sistem Penyelesaian Blockchain

 

Bursa Sekuriti Australia (ASX) telah menunda pelancaran sistem blockchain untuk menggantikan sistem penjelasan dan penyelesaian CHESS kepada suku kedua tahun 2021. Ini berlaku ekoran maklum balas orang ramai mengenai kertas perundingan yang diterbitkan pada bulan April untuk sistem baru tersebut. Syarikat itu menjangkakan sistem baru akan berjalan pada akhir tahun 2020.

ASX berkataia telah menerima 41 penyerahan bertulis daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam proses tersebut, seperti pihak penjelasandan penyelesaian, pembekal pembayaran dan pengendali pasaran. Berdasarkan maklum balas, ASX memutuskan untuk menangguhkan masa pelancaran sistem ituyang disasarkan pada bulan Mac atau April 2021. Ia juga akan memanjangkan tempoh ujian pembangunan pengguna dan tahap pengujian seluruh industri untuk enam bulan lagi sebelum pelancaran rasmi.

Kelewatan ini berlakudisebabkan kebimbangan responden mengenai “waktu pelaksanaan yang dicadangkan iaitu pada Q42020 hingga Q1 2021 dapat dicapai memandangkan penambahan ciri-ciri baru teknologi dan pelbagai ruang lingkup baru diperkenalkan.”

Sumber:

https://www.asx.com.au/documents/public-consultations/response-to-chess-replacement-consultation-feedback.pdf

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads