Default – Above Header Ads

ATM Bitcoin akan Dilancarkan di Venezuela Walaupun dengan Kekecohan Petro

 

Kerajaan Venezuela ingin matawang kripto negara, Petro, yang dicipta oleh kerajaan yang diketuai Nicolas Maduro, digunakan sepenuhnya. Namun begitu, matawang kripto itu lebih Banyak dikritik oleh rakyatnya kerana ketiadaan minyak yang kononnya menjadi sandaran Petro.

Pada masa sama, kebanyakan rakyat negara itu sudah mula menunjuk minat dalam menggunakan matawang kripto terbesar dunia, Bitcoin. Rakyat negara itu telahpun menggunakan Bitcoin di merata tempat, semakin mereka hilang kepercayaan dalam sistem perbankan mereka dan juga matawang nasional mereka sendiri, menurut laporan blockmanity. Apa yang tiada adalah ATM, yang bakal berubah, kerana negara itu akan mula memasang ATM.

Pengeluar ATM matawang kripto, CryptoBuyer sedang bersedia memasang ATM Bitcoin Pertama Venezuela. Penerbitan itu melaporkan pengumuman yang dibuat oleh CEO syarikat itu, Jorge Farias di podcast Union Radio. ATM ini akan dipasang di Caracas dan akan dirasmikan dalam masa dua minggu. Farias berkata:

“Kami akan memasang ATM matawang kripto pertama di Venezuela, dalam masa dua minggu (…), kami sudahpun mempunyai peralatan fizikal yang sudah dipasang di Venezuela, di Caracas dan ianya dalam fasa ujian terakhir dan kami akan mengumumkannya di media sosial.”

Pengguna akan memasukkan wang tunai ke dalam ATM, yang akan memindahkan nilai matawang kripto bersamaan tunai itu ke dalam wallet pengguna kripto itu serta-merta. Syarikat itu akan bertanggungjawab mendidik rakyat Venezuela tentang Bitcoin dan operasi ATM. CEO itu menambah:

“Alat ini lebih mudah digunakan daripada ATM biasa.”

Baru-baru ini, kerajaan Venezuela telah mengumumkan ia akan menaikkan nilai matawang kripto negara itu kepada 36,000 Bolivar. Menurut kenyataan yang dibuat dalam video itu, peningkatan itu dan kadar pendapatan minima yang lebih tinggi adalah untuk menentang “dolar jahat”.

Sumber:

https://ambcrypto.com/bitcoin-atm-to-be-launched-in-venezuela-amidst-petro-commotion/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads