Default – Above Header Ads

ATM Matawang Kripto Dicuri dalam Rompakan Bakeri

 

Pencuri kripto telah menunjukkan mencuri itu amat mudah, dan minggu lepas sebuah mesin ATM matawang kripto telah dicuri dari sebuah bakeri di California.

Kecurian itu berlaku di Belwood Bakeri di Brentwood Village, Los Angeles dan adalah kes terbaru dalam beberapa cubaan untuk merompak bakeri itu.

CBS News melaporkan bahawa pencuri itu mengambil ATM matawang kripto dari dinding Belwood Bakeri. Video keselamatan CCTV menunjukkan seorang pencuri bertopeng pecah masuk bakeri itu melalui pintu gelas kedai itu sambil membawa tukul yang besar.

Pencuri itu kemudiannya terus ke mesin ATM matawang kripto yang tergantung di dinding dan menggunakan tukulnya untuk memisahkan mesin itu dari dinding. Pencuri itu pada awalnya cuba untuk membuka mesin itu dengan mengetuknya beberapa kali, namun dia gagal. Pencuri itu mengambil keputusasn untuk mengangkut mesin ATM itu keluar dan lari dari bakeri itu.

Pemilik kedai memberitahu CBS News itu adalah kejadian pecah masuk yang ketiga dalam beberapa minggu dan kejadian itu adalah pengakhiran yang teruk kepada minggu yang malang buat bakeri itu.

CBS juga memaparkan video bertarikh 21 Disember, di mana dua penjenayah bertopeng memecah masuk bakeri itu menggunakan pintu gelas yang sama. Kedai itu juga telah dirompak pada 18 November oleh satu lagi kumpulan penjenayah. Semasa kedua-dua kejadian, pencuri melarikan diri dengan tangan kosong. Buat masa ini, masih tidak jelas jika semua kes pecah masuk itu berkaitan atau jika pencuri itu mendapat wang daripada pecah masuk tu.

Belwood Bakeri sudah dalam operasi sejak 1994 dan terkenal dengan produk pastri yang sedap dan Perkhidmatan yang mesra. Salah satu daripada pemilik bakeri itu, Derek Tran, memberitahu media bahawa dia tidak tahu jika ATM matawang kripto itu mempunyai wang dalamnya atau tidak. Dia juga berkata sangat sukar untuk perniagaan kecil bertahan jika mereka sentiasa mengalami kes pecah masuk.

Sumber:

https://www.ccn.com/piece-of-cake-as-cryptocurrency-atm-stolen-in-bakery-break-in/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads