Audit TrueUSD Menunjukkan Sandaran US dollar Sepenuhnya
TrustToken telah menerbitkan keputusan audit stablecoin TrueUSD (TUSD) dalam blog pada 8 April. Audit itu menunjukkan bahawa ia mempunyai jumlah keseluruhan simpanan US Dollar.
Menurut Independent Accountant’s Report yang disediakan oleh firma perakaunan awam bersijil Cohen & Company, setakat 31 Mac 2019, baki US dollar yang disimpan dalam akaun escrow adalah $199,063,885, sementara baki token TUSD yang dikeluarkan dan dalam peredaran adalah 198,982,291 TUSD.
Token TUSD yang dikeluarkan dan masih dalam simpanan pada tarikh itu dilaporkan tidak melebihi baki yang ada dalam akaun escrow yang disebut. “Bekalan token TUSD boleh dipadankan kembali kepada transaksi dalam akaun escrow termasuk deposit escrow menunggu token minting dan token yang telah dilupuskan dan menanti pembayaran escrow,”menurut penjelasan laporan itu.
Bulan yang lalu, TrueUSD mengumumkan kerjasama baru dengan firma perakaunan Armanino, di mana satu dashboard dibangunkan oleh Armanino yang membolehkan pedagang memantau baki dan dana kolateral token TrueUSD. “Armanino berhubung secara langsung kepada akaun escrow pihak ketiga yang memegang US dollar sebagai kolateral token TrueUSD, dan menjalankan nod Ethereum mereka sendiri untuk memastikan ketepatan bekalan token TUSD,” pengumuman itu menerangkan.
Beberapa stablecoin – matawang kripto yang bersandarkan matawang fiat, algoritma, atau aset fizikal untuk mengurangkan ketidakstabilan – sebelum ini disyaki tidak mempunyai simpanan yang sepatutnya sebagai sandaran. Pada bulan Mac, pembangun disebalik stablecoin Tether (USDT) menjadi bualan apabila pengguna media sosial menemui bahawa mereka telah menggantikan dakwaan sebelum ini bahawa stablecoin itu disandarkan sepenuhnya oleh US Dollar.
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/trueusd-audit-shows-full-us-dollar-backing
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!