Default – Above Header Ads

Australia: Penguatkuasa Membekukan Aset Promoter Bitconnect John Bigatton

 

John Bigatton, satu-satunya wakil Bitconnect Australia, dibekukan aset oleh Australian Securities and Investments Commission (ASIC), yang berfungsi sama seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran di Amerika Syarikat. Bigatton tidak boleh keluar dari Australia, kerana dia di bawah penyiasatan yang sedang berjalan.

Bigatton juga adalah seorang pengarah dan pemegang saham dalam BitConnect International. BitConnect secara keseluruhan sedang di bawah penyiasatan beberapa penguatkuasa antarabangsa, termasuk FBI di Amerika Syarikat. Penjenayah seperti Trevon James, pengepam Bitcoin terkenal yang masih lagi aktif di media sosial mempromosi dan membincangkan matawang kripto juga adalah sasaran penyiasatan di Amerika Syarikat.

Bigatton mesti mendedahkan semua asetnya kepada penguatkuasa Australia. Ini termasuk aset kriptonya dan akaun pertukaran. Seperti yang dilaporkan Sydney Morning Herald, “ASIC telah melancarkan tindakan untuk membekukan harta Encik Bigatton pada bulan Disember. Di atas permintaan ASIC, Hakim Mahkamah Persekutuan Michael Gleeson mengeluarkan arahan kepada Encik Bigatton untuk mendedahkan semua akaun bank, ‘senarai lokasi semua matawang kripto’ yang dipegang olehnya dan mana-mana akaun escrow yang memegang matawang kripto.”

Bigatton adalah penasihat kewangan berdaftar dan mempunyai banyak afiliasi dalam industri itu. Kejatuhan Bitconnect telah menjatuhkan reputasinya. Menurut tuntutan tindakan kelas di Florida, promoter Bitconnect menjanjikan pelabur sehingga 40 peratus pulangan.

Bigatton masih lagi disenaraikan dalam halaman “About Us” di laman web syarikat bernama Wealth Synergy.

Sebuah syarikat yang bernama “JB’s Investment Management” juga di bawah penyiasatan ASIC. Apa yang pasti, JB adalah perkataan pendek untuk “John Bigatton”. Namun begitu syarikat ini mempunyai seorang pemegang saham dan pengarah – isteri Bigatton, Medaline. Sebagai sebahagian daripada tindakan ASIC, semua aset berkaitan JBIM telah dibekukan. Di sini kisah mereka menjadi lebih menarik.

Pada bulan Mac yang lalu, Madeline Bigatton dilaporkan hilang. Polis sedang menjalankan penyiasatan sebagai kes “missing person” dan potensi kes pembunuhan. Butiran lanjut mungkin akan keluar di masa hadapan untuk menunjukkan cerita lain. Kemungkinan lain adalah Medaline lari dengan semua aset wang tunai dan sembunyi di luar negara sebagai strategi. Apapun, kini dia seorang ‘hantu’ kepada penguatkuasa.

John Bigatton bukan suspek dalam kes kehilangan isterinya.

Sebelum kehilangannya, Madeline Bigatton direkodkan mempertahankan suaminya. Dia berkata,”Saya sangat sedih kerana John tidak mempunyai niat jahat dan hanya akan terlibat dalam sesuatu jika dia percaya ia mempunyai impak positif dalam hidup orang lain.”

Beberapa hari selepas kehilangannya, John Bigatton tidak nampak terganggu. Penyiasatan dan kes saman berkaitan Bitconnect diteruskan dan boleh mengambil masa bertahun, bukan berbulan. Yang terbaik adalah Puan Bigatton dijumpai hidup, pelabur Bitconnect mendapat kembali wang mereka, dan mereka yang mencari keadilan mendapatnya.

Sumber:

https://www.ccn.com/australia-regulators-freezes-assets-of-bitconnect-promoter-john-bigatton/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads