Badan Blockchain Korea Selatan Mahu Bandar Ke-6 Terbesarnya Ditransformasi Kepada Hub Kripto
Menurut Korea Blockchain Enterprise Promotion Association (KBEPA), niatnya untuk menjadikan bandar raya keenam terbesar di Korea Selatan, Gwangju menjadi hub kripto supaya mewujudkan banyak pekerjaan. Untuk mencapai hal ini, badan blockchain dengan kerjasama Universal Group sedang mencari sokongan Datuk Bandar Gwangju, Lee Yong-Sub, dan ahli politik bandar lain.
Dalam kumpulan lobi blockchain, kerajaan Korea Selatan telah menumpukan perhatian kepada sektor perkilangan untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan mengabaikan ‘revolusi perindustrian ke-4’. Dengan menjadikan Gwangju sebuah daerah hub kripto, satu juta pekerjaan baru akan diwujudkan di sana. Ketua Eksekutif Universal Group, Kim In-Ki, memberikan contoh Estonia dan Malta yang kedua-duanya mendapat manfaat daripada sokongan terhadap teknologi blockchain.
Di samping itu, badan blockchain itu juga mengkritik pendirian kerajaan Korea Selatan terhadap syarikat blockchain dan mata wang kripto yang menunjukkan contoh peraturan yang tidak mesra memaksa sesetengah firma domestik membuka bursa di luar negara. Ini termasuklah langkah oleh kerajaan Korea Selatan untuk mengecualikan syarikat permulaan dalam sektor blockchain dan mata wang kripto daripada dikategorikan sebagai firma teroka dengan itu menafikan mereka insentif seperti pengecualian cukai.
Sumber:
https://www.ccn.com/south-koreas-blockchain-body-wants-6th-largest-city-turned-into-crypto-hub/