Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bagaimana Pasaran Kripto Memberi Reaksi Tentang Dakwaan Tether-Bitfinex

 

Pasaaran kripto mengalami kerugian sehingga $10 bilion lebih kurang jam 21:00 UTC pada 25 April 2019, berikutan dakwaan bahawa bursa pertukaran Bitfinex menyembunyikan kehilangan sebanyak $850 juta menggunakan stablecoin Tether yang disandarkan pada USD.

Pejabat Peguam Negara New York mengeluarkan kenyataan berikut pada 26 April, bahawa Bitfinex telah kehilangan $850 juta dan menggunakan dana korporat dan klien dari operator Tether untuk menyembunyikannya.

Dakwaan itu nampaknya telah menjejaskan sandaran USDT kepada USD, dan telah menggoyahkan kepercayaan dalam pasaran menyebabkan penjualan matawang kripto besar dari segi kapital pasaran seperti Ether dan XRP yang jatuh sebanyak 6.99 peratus dan 4.8 peratus.

Berdasarkan data dari CoinMarketCap, keseluruhan kapital pasaran kripto jatuh sebanyak $10 bilion kepada serendah $167 bilion pada 26 April, dan kini telah naik kembali ke atas paras $172 bilion sewaktu penulisan.

Pada jam 21:00 UTC pada 25 April, harga USDT mulai jatuh dari harga tetapnya di $1.00 kepada serendah $0.955, menurut data dari bursa pertukaran Kraken dan OKCoin US – dua bursa yang menyediakan pasangan dagang untuk USDT berlawanan dengan USD.

Harga USDT Sudah naik kembali dan kini berdagang di $0.97 di kedua-dua Kraken dan OKCoin, dan mungkin kekal tidak stabil buat masa ini.

Aset stablecoin yang lain seperti USDC, TrueUSD dan GUSD kesemuanya dalam hijau naik antara 0.25 hingga 3 peratus sebagai hasil pemindahan dana pelabur kepada alternatif stablecoin lain.

Sementara itu, seperti yang dilihat di atas, reaksi terhadap dakwaan Bitfinex dan Tether adalah negatif dan kebanyakan matawang kripto berada dalam keadaan merah hari ini.

Bitcoin kini Sudah kembali pulih dan berdagang di $5,138 selepas jatuh sehingga $4,953 di bursa pertukaran Coinbase pada 25 April.

Whale alert, perkhidmatan Twitter yang memantau transaksi blockchain, memaklumkan bahawa selepas berita itu, 3,999 Bitcoin yang bernilai $20 juta, telah dikeluarkan dari wallet Bitfinex ke alamat yang tidak diketahui.

Pergerakan itu adalah tanda sentimen pedagang yang mencari cara untuk mengurangkan risiko mereka dengan cara memindahkan dana jauh dari bursa pertukaran itu. 

Sumber:

https://www.coindesk.com/how-crypto-markets-are-reacting-to-the-tether-bitfinex-allegations

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.