Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bahagian Blockchain Overstock Menerima $5 Juta Daripada Firma China Berikutan Kelewatan

Subsidiari blockchain Overstock tZero telah mendapat pelaburan $5 juta dari firma pelaburan China GSR Capital, Overstock mengumumkan dalam persidangan pendapatan terkininya pada 8 Mei.

Berikutan pelaburan dalam wang tunai dan sekuriti yang boleh didagangkan, Overstock menilai tZero sebanyak $1 bilion, iaitu kurang $500 juta dari jangkaan awal syarikat itu pada bulan Ogos 2018.

Dana baru itu melambangkan dalam 2% daripada pelaburan yang dijangka iaitu sebanyak $404 juta dari GSR Capital dan firma ekuiti persendirian Singapura Makara Capital. Jumlah awal termasuk $270 juta untuk sebanyak 18% of ekuiti tZero, token sekuriti tZero bernilai $30 juta dari syarikat induk Overstock, dan sehingga $104.55 juta dalam saham Overstock.

Menurut data terkini, Overstock telah membatalkan perjanjian pembelian token tZero sebanyak $30 juta, tetapi bahawa GSR dan Makara masih lagi mempertimbangkan pelaburan tambahan. Overstock CEO Patrick Byrne menulis dalam laporan suku tahunan terkini:

“Kami telah menerima pelaburan sebanyak $5 juta dari GSR di penilaian sebanyak $1 bilion, dan melepaskan mereka dari semua kontrak sebelum ini. Kami masih lagi berkerja dengan Makara dan berasa optimistik (tetapi tidak pasti) bahawa sesuatu boleh dibincangkan dengan mereka (dan GSR mungkin akan menyertainya sekali lagi sewaktu itu).”

Pada bulan Mac, Byrne mendedahkan bahawa GSR dan Makara mengurangkan jumlah pelaburan mereka kepada $100 juta, berikutan Memorandum of Understanding (MoU) yang ditandatangani pada bulan April. Pengurangan itu berikutan tempoh berpanjangan tanpa urus janji antara pihak-pihak itu. Hasilnya, Byrne mendakwa bahawa tZero terlepas matlamatnya untuk mengutip $100 juta.

Awal minggu ini, firma software and blockchain beroperasi di Amerika Syarikat Orchid Labs menerima dalam penawaran persendirian terkininya, selepas berjaya mengutip $43 juta daripada dana sasaran mereka dalam $125 juta.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/overstocks-blockchain-arm-receives-5-mln-from-chinese-firm-following-delays

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.