Default – Above Header Ads

Bahamas Tubuhkan Sistem Penilaian Tauliah Berasaskan Blockchain Pertama di Amerika Latin/Caribbean

 

Bahamas kini menjadi negara pertama di Amerika Latin dan wilayah Caribbean yang melaksanakan sistem penilaian pentauliahan seluruh negara berasaskan blockchain yang dikenali sebagai Bahamas Blockcerts. Melalui sijil digital yang diiktiraf oleh negara ini, kerajaan negara Caribbean bertujuan untuk menambahbaikkan bagaimana kelayakan pendidikan kebangsaan termasuk sijil, ijazah akademik dan diploma diwujudkan, dikeluarkan, dilihat dan disahkan.

Sijil digital Bahamas Blockcert yang pertama dikeluarkan pada Jun oleh Agensi Latihan Kebangsaan (NTA) kepada 78 orang peserta yang bertujuan menyediakan tenaga kerja untuk pelatih. Peserta inisiatif menyimpan Portfolio Bahamas Blockcert mereka pada aplikasi mudah alih dan ini pada dasarnya terdiri daripada koleksi URL yang unik mengenal pasti setiap sijil digital yang diperoleh individu.

Apa yang perlu dilakukan untuk menggunakan Bahamas Blockcerts adalah menambah pautan laman web ke resume mereka. Pautan ini juga boleh dihantar kepada bakal majikan yang kemudiannya dapat melihat serta mengesahkan kesahihan sijil digital. Pada masa akan datang, NTA berhasrat untuk mengeluarkan sijil digital blockchain untuk semua kursus latihan yang ditawarkan kepada warga mereka yang menggangur serta sesiapa yang ingin menambah kemahiran mereka.

Sumber:

https://www.ccn.com/the-bahamas-establishes-a-blockchain-credentials-system-in-latin-america-caribbean-first/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads