Default – Above Header Ads

Bakkt Berkata ‘Hari Perlumbaan’ Hampir Tiba untuk Membawa Kripto Kepada Mainstream

 

Bakkt, bursa pertukaran Bitcoin futures dari Intercontinental Exchange yang akan dilancarkan tidak lama lagi, telah memberi petanda hari pelancaran yang baru.

Dalam pengumuman di Medium, CEO Kelly Loeffler berkata bahawa “hari perlumbaan” semakin hampir memandangkan startup itu menunggu kelulusan kawal selia dari CFTC Amerika Syarikat.

“Sementara menunggu kelulusan pengawal selia, kami sedar infrastruktur yang telah kami bina mempunyai potensi untuk mencipta peluang baru untuk aset digital berkembang menjadi relevan dan lebih dipercayau – dengan menjadi lebih selamat, mudah dilabur dan berguna.

Sebagai bekas pelari marathon, waktu ini mengingatkan kembali kepada regimen latihan apabila anda membuat larian jauh dengan kumpulan latihan anda. Hari perlumbaan semakin tiba, dan masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Saya bangga dapat pegi jauh dengan kumpulan ini dan dengan budaya yang kami bina ini, sambil membawa aset digital ke ekonomi mainstream.”

Muncul di BlockTV, Pesuruhjaya CFTC Dan Berkowitz berkata dia dan kumpulannya berusaha keras menilai aplikasi yang diterima, termasuk Bakkt. Walaupun dengan beberapa tangguhan aplikasi Bakkt, Suruhanjaya itu pro-kripto dan pro-inovasi, dan peraturan yang ketat adalah untuk “menangkap pemain jahat”, menurutnya.

“Kami merasa teknologi ini akan mengambil masa untuk berkembang. Dalam jangka masa pendek, mungkin terdapat penggunaan untuk matawang kripto. Dalam jangka masa panjang, blockchain – saya rasa kita melihat proses beberapa tahun.”

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/04/11/bakkt-says-race-day-is-approaching-to-bring-crypto-to-the-mainstream/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.