Default – Above Header Ads

Bakkt, Bursa Pertukaran Kripto ICE Mengesahkan Dana USD$182.5 juta dari 12 Pelabur

Hari ini, Kelly Loeffler, CEO bursa pertukaran kripto Bakkt yang disokong Intercontinental Exchange mengesahkan 12 rakan kongsi dan pelabur yang akan menyalurkan sebanyak USD$182.5 juta dalam pusingan pertama kutipan dana.

Rakan kongsi dan pelabur dalam pusingan pertama itu termasuk Boston Consulting Group, CMT Digital, Eagle Seven, Galaxy Digital, Goldfinch Partners, Alan Howard, Horizons Ventures, Intercontinental Exchange, M12 milik Microsoft, Pantera Capital, PayU, projek fintech milik Naspers, dan Protocol Ventures.

Menurut Loeffler, “Usaha kami pada hari ini adalah untuk menawarkan akses institusi kepada aset digital, bersama-sama peniaga dan pengguna, dan kami telah pun mengembangkan visi ini, bekerjasama dengan syarikat hebat seperti Starbucks dalam usaha ini. Kami akan berkongsi butiran menjelang tahun baru ini, dan sementara COO kami Adam White dan saya sendiri bekerja untuk mencapai objektif 2019 Bakkt, kami akan fokus dalam peluang untuk menawarkan infrastruktur baru, termasuklah bursa pertukaran yang beroperasi di tahap institusi, penyelesaian kontrak dan juga perkhidmatan penyimpanan dan penghantaran fizikal untuk pelabur.”

Laman berita melaporkan bahawa team Bakkt kini bekerja dengan Commodity Futures Trading Commission (CFTC) sejak pengumuman pelancaran pada awal tahun 2018. Bursa pertukaran ini telah menghantar permohonan, dan kelulusan akan berdasarkan proses kajian semula peraturan kripto.

Menurut Loeffler lagi, firma dan pengguna berterusan menyertai Bakkt sementara ia menunggu kelulusan CFTC.

Sumber:

ICE backed crypto exchange Bakkt confirms $182.5 million funding from 12 partners

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads