Default – Above Header Ads

Bakkt Melancarkan Perkhidmatan Jagaan Bitcoin Institusi dengan Insurans $125 juta

Bakkt telah melancarkan warehouse custody Bitcoin, penyelesaian jagaan BTC institusinya, yang dijamin oleh polisi insurans bernilai $125 juta. Pelancaran itu adalah sebahagian daripada Bitcoin futures yang dirancang untuk dilancarkan pada 23 September.

Bakkt telah digendalakan beberapa kali keran kebimbangan daripada penguatkuasa. Namun begitu, subsidiari ICE itu baru-baru ini telah menerima kelulusan dari CFTC untuk melancarkan Bitcoin futures yang diselesaikan dengan kripto itu.

Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Bitcoin, kontrak Bakkt dilihat sebagai titik perubahan dalam industri. Bakkt kemungkinan besar akan membawa BTC ke institusi kewangan mainstream dengan bertindak sebagai kontrak futures yang diselesaikan secara fizikal di pasaran itu.

Memandang saiz potensi simpanan Bitcoin Bakkt, memastikan pengguna dilindungi daripada godaman atau penipuan adalah amat penting. Untuk melindungi dana ini Bakkt telah memutuskan untuk mendapatkan perlindungan insurans sebanyak $125 juta.

Walaupun begitu, ramai yang melihat ini sebagai liabiliti tambahan dan bukannya satu lapisan keselamatan ekstra. Ramai yang terkejut, mengatakan bahawa Warehouse Bakkt kemungkinan besar akan menyimpan Bitcoin lebih dari $125 juta. Yang lain mempersoalkan pembekal insurans dan polisi itu sendiri, menyatakan bahawa tiada maklumat yang mencukupi untuk melihat kredibiliti pembekal insurans itu.

Dan beberapa influencer kripto telah menyatakan mereka tidak berasa selesa untuk meletakkan Bitcoin mereka ke dalam tangan penjaga berpusat seperti Bakkt.


Sumber:

https://cryptoslate.com/bakkt-bitcoin-custody-125-million-insurance/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.