Default – Above Header Ads

Bank AS Berkerjasama Dengan Ripplenet Untuk Pembayaran Rentas Sempadan

 

PNC Bank, bank ke-9 terbesar di Amerika Syarikat berdasarkan aset, kini telah menyertai rangkaian RippleNet. Dengan nilai asset lebih daripada $ 380 bilion, PNC Financial Services Group yang berpusat di Pittsburg telah menjadi ahli terbaru untuk bergabung dengan RippleNet, rangkaian pembayaran global di lebih 100 institusi termasuk bank, pembekal pembayaran, pengiriman wang dan pengendali di antara institusi kewangan lain untuk membolehkan pemindahan wang dan kecairan menggunakan teknologi blockchain.

Ripple berkata dalam pengumumannya: “Teknologi Ripple akan memberi kesan serta-merta kepada setiap kumpulan itu, membolehkan para pelanggan komersil PNC menerima pembayaran dari bank luar negara secara masa nyata.”

Penambahan PNC Bank boleh dikatakan hasil kejayaan yang hebat daripada Ripple, terutamanya produk ini tidak menggunakan token XRP, mata wang kripto yang dibangunkan oleh Ripple. xRapid, produk Ripple yang berasingan yang menggunakan XRP untuk kecairan masa nyata dalam urus niaga antarabangsa telah menyaksikan penerimaanya yang sangat kurang berbanding dengan RippleNet.

Sumber:

https://ripple.com/insights/pnc-bank-embraces-blockchain-and-joins-ripplenet/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads