Default – Above Header Ads

Bank di 27 Negara dalam 6 Benua Menyertai Pilot Blockchain R3

Firma software blockchain R3 dan lebih 50 bank dan korporat berjaya menguji penghantaran pengesahan transaksi ke 27 negara dalam 6 benua. Peristiwa bersejarah itu dijalankan melalui platform Voltron yang dibina di atas blockchain Corda milik R3.

Bank yang terlibat telah menghantar surat menjamin pembayaran pembeli kepada penjual akan diterima dalam masa yang ditetapkan.

Ujian global itu melibatkan beberapa bank berprofil tinggi termasuk Standard Chartered Bank, Alfa Bank, CIB, Commerzbank, Commercial Bank of Qatar, National Bank of Egypt, RBI, Société Générale dan The Saudi British Bank.

Voltron direka bentuk untuk mengurangkan masa untuk menghantar pengesahan surat kredit, satu proses yang selalunya mengambil masa dari 5 ke 10 hari.

Sembilan puluh enam peratus daripada peserta ujian itu percaya bahawa platform berdasarkan blockchain itu akan menambah kelajuan penghantaran surat kredit itu kepada bawah 24 jam, dan ia juga akan mengurangkan kos.

Menurut pengumuman R3,

“Proses perdagangan kewangan tradisional kebanyakannya adalah berdasarkan kertas, mengambil masa yang lama, dan terdedah kepada risiko. Menurut survey peserta ujian itu, 86% daripada firma percaya ketidaklancaran semakin lama menjadi tidak boleh diterima untuk kedua-dua korporat dan bank. Hasilnya, 61% berkata mereka akan menggerakkan aliran perdagangan kepada ‘akaun terbuka’, pilihan lebih berisiko untuk pengeksport.”

“96% daripada peserta dalam ujian itu berkata Voltron akan mempercepatkan proses Surat Kredit mereka, menambah baik tahap efisyen dan mengurangkan kos.”

Ketua Inovasi CIB di Alfa Bank, Denis Dodon, berkata platform itu menjadikannya ia mudah untuk berkongsi maklumat dan menambah aliran kerja.

“Semuanya dijalankan dalam interface yang sama, yang berhubung kepada semua peserta dalam aliran kerja. Maklumat dikongsi serta-merta, yang boleh mempercepatkan transaksi secara signifikan, mengoptimumkan kerja dengan dokumen, yang boleh dibetulkan dengan cepat, jika percanggahan dikenalpasti. Persekitaran DLT berdasarkan Corda memberi nilai kepada setiap peserta. Ia berfungsi dalam logik perniagaan dinamakan oleh R3 sebagai ‘saya lihat apa yang anda lihat.”

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/05/08/banks-across-27-countries-in-6-continents-hop-on-r3-blockchain-pilot/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads