Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bank Eropah Secara Rasmi Membincangkan Potensi Matawang Digital Bank Pusat

Seorang pegawai Bank Pusat Eropah (ECB) menekankan kebaikan matawang digital bank pusat (CBDC) pada masa sama menekankan supaya berhati-hati dalam ucapan yang diterbitkan oleh Bank of International Settlements pada 27 Mei.

Vitas Vasiliauskas – Pengerusi Lembaga Bank of Lithuania dan ahli Majlis Pentadbir ECB – memberi ucapannya di persidangan Reinventing Bretton Woods Committee “Managing the Soft Landing of the Global Economy) pada 12 April. Vasiliauskas menekankan bahawa CBDC patut menjadi medium pertukaran, cara pembayaran dan tempat penyimpanan nilai, mencerminkan kualiti bentuk wang bank pusat sedia ada, tetapi bukan akaun simpanan konvensional atau aset kripto persendirian. 

Jika CBDC dikeluarkan, ia akan boleh didapati oleh orang awam, sementara akses kepada CBDC borong akan terbuka hanya untuk institusi kewangan sahaja.

Antara potensi CBDC adalah penambahan tahap efisyen pembayaran dan penyelesaian sekuriti, dan pengurangan risiko Kecairan dan kredit counterparty. CBDC retail yang bersama faedah dilaporkan akan menambah baik penghantaran polisi kewangan dan menguatkan pelaksanaan polisi untuk deposit dan kadar pinjaman. Namun begitu, Vasiliauskas memberi amaran:

“Jumlah wang dalam peredaran telah berkurangan dalam beberapa negara. Ini mungkin bermakna suatu hari nanti, walaupun ia prospek yang masih jauh – setiap individu akan perlu mempunyai akaun dengan entiti persendirian hanya untuk membuat pembayaran. Malangnya, ini boleh membawa kepada kenaikan tahap penyisihan kewangan.”

Oleh itu CBDC boleh memastikan orang ramai terus mempunyai akses kepada wang bank pusat, menurut Vasiliauskas, dan boleh mendapat kesan postitif terhadap kestabilan kewangan. Sementara itu, salah satu isu utama bank pusat perlu pertimbangkan adalah kepatuhan CBDC kepada keperluan penggubahan wang haram dan bagaimana ia boleh aplikasi standard AML kepada bentuk CBDC yang anonymous.

Pada awal Mei, ECB mengeluarkan laporan tentang impak matawang digital kepada pembangunan ekonomi dan polisi kewangan, di mana ia menyatakan secara spesifik bahawa implikasi itu boleh berlaku jika matawang kripto menjadi pengganti yang dipercayai untuk wang tunai dan deposit, walaupun kini mereka tidak memenuhi fungsi wang.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/european-bank-official-discusses-potential-benefits-of-central-bank-digital-currency

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads