Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bank Kripto Pertama Dianugerahkan Lesen Peniaga Sekuriti di Switzerland

FINMA, penguatkuasa kewangan Switzerland, telah meluluskan lesen peniaga perbankan dan sekurIti kepada dua bank kripto baru.

SEBA dan Sygnum adalah dua syarikat yang fokus sepenuhnya dalam mengusahakan produk berdasarkan blockchain dan telah diluluskan untuk dijalankan di peringkat yang sama dengan bank tradisional, menjadikan mereka efektif sebagai bank kripto pertama yang beroperasi.

Penguatkuasa itu mengumumkan berita ini pada 26 Ogos, memandangkan ia pertama kali mengeluarkan lesen kepada syarikat yang fokus kepada matawang kripto. Lesen yang dianugerahkan itu membolehkan SEBA Crypto Sygnum untuk membekalkan perkhidmatan kepada pelanggan institusi juga, menandakan milestone yang signifikan untuk industri aset digital.

SEBA menyatakan bahawa ia akan memulakan perkhidmatan di bulan Oktober sebaik sahaja ia memenuhi kriteria yang diminta oleh FINMA. Perancangan syarikat itu menyediakan perkhidmatan pengurusan aset digital kepada korporat.

Sygnum, yang beroperasi di Zurich, berkolaborasi dengan bursa pertukaran saham Jerman dan operator telekom Swisscom termasuk yang lain untuk menyenaraikan dan mendagangkan sekuriti yang ditokenisasi di platform teknologi lejar yang teragih. CEO Sygnum Manuel Krieger juga melihat langkah pertama ini sebagai tanda yang sangat positif untuk industri:

“Dianugerahkan lesen peniaga sekurIti dan perbankan dari FINMA adalah milestone yang signifikan, dan langkah yang penting ke arah menginstitusikan ekonomi aset digital.”

Menurut Sygnum, syarikat itu telahpun memohon lesen perkhidmatan pasaran kapital di Singapura.

Walaupun FINMA telah menganugerahkan lesen kepada syarikat yang bekerja dengan perkhidmatan berdasarkan blockchain, ia juga telah menetapkan had ke atas jenis aset digital yang boleh digunakan, membolehkan hanya transaksi yang mematuhi peraturan masa kini.

“Model perniagaan berdasarkan blockchain tidak boleh dibenarkan untuk melepasi rangka kerja pengawal seliaan sedia ada,” menurut agensi FINMA.

Dengan penganugerahan lesen baru ini, ia dijangka bahawa lebih banyak syarikat akan mengikuti dengan Bitcoin Suisse, Crypto Finance dan Lykke sudahpun memohon lesen dari FINMA.

Sumber:

https://beincrypto.com/first-crypto-banks-awarded-dealer-licenses-in-switzerland/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads