Bank of America Dedahkan Paten Blockchain Baru Untuk Pengendalian Tunai
Bank of America (BoA) mahu mempatenkan sistem teknologi blockchain untuk meningkatkan pengendalian tunai. Asal permohonan ini diajukan pada bulan Jun 2017, dan bertajuk “Banking systems controlled by data bearing records.”
BoA menerangkan terdapat kesukaran komunikasi dalam aspek tugas pengendalian tunai merentasi operasi besar bank, dan menyarankan blokchain dapat membantu menyelesaikannya. “Alat pengendalian tunai boleh digunakan di pusat operasi dan lokasi lain untuk menyediakan pelbagai fungsi, seperti memudahkan pengeluaran dan deposit tunai,” menurut dokumen paten tersebut.
BoA telah berusaha untuk meningkatkan usaha untuk memperolehi harta intelek dalam bidang blockchain semenjak dua tahun yang lalu. Pada bulan November, bank itu telah mendedahkan untuk mempunyai lebih 50 paten blockchain, sama ada ia akan menggunakan semua patennya untuk digunakan dalam tempoh terdekat masih belum dapat dipastikan. Walaupun berminat pada blockchain, BoA telah menggunakan pendirian yang sangat berhati-hati terhadap mata wang kripto, menjadi salah satu daripada beberapa institusi yang melarang pengguna bank tersebut membeli kripto menggunakan wang fiat semenjak awal tahun ini.
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/bank-of-america-reveals-fresh-blockchain-patent-targeting-cash-handling