Default – Above Header Ads

Bank of Thailand Benarkan Bank Buka Anak Syarikat Untuk Urusan Kripto

 

Bank of Thailand (BoT) baru-baru ini membenarkan bank-bank tempatan untuk menubuhkan anak syarikat bagi menguruskan mata wang kripto. Mengikut pengumuman peraturan yang diterbitkan oleh BoT pada 1 Ogos, bank-bank Thailand kini boleh mengeluarkan nota digital, memberikan perkhidmatan broker kripto, menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan kripto, dan melabur dalam mata wang kripto melalui anak syarikat.

Walaupun bank-bank kini dibenarkan untuk menubuhkan cawangan yang menguruskan kripto, cawangan-cawangan tersebut dilarang menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan kripto kepada pelanggan dan orang awam, dan hanya boleh berinteraksi dengan perniagaan lain yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Thailand (Thai SEC) dan Pejabat Suruhanjaya Insurans (OIC). Anak syarikat juga dilarang menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan kripto kepada individu.

Anak syarikat dibenarkan memberi sumber pelaburan kepada pelanggan melainkan jika mereka ingin melabur dalam aset digital yang bertujuan untuk membangunkan “inovasi kewangan,” atau untuk memperluas kualiti perkhidmatan kewangan, di mana mereka boleh menggunakan Sandbox Regulatory BoT.

Sumber:

https://www.blognone.com/node/104307

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.