Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bank Pusat Afrika Selatan Dilaporkan Akan Memperkenalkan Peraturan Baru Kripto

Bank Rizab Afrika Selatan (SARB) – bank pusat negara Afrika Selatan- kononnya akan mengenakan peraturan baru untuk penggunaan matawang digital dalam usaha untuk menghalang pengguna daripada mengelakkan kawalan matawang. Seperti yang dilaporkan pada 2 Disember, Timbalan Gabenor SARB, Kuben Naidoo, berkata peraturan baru akan dilaksanakan pada suku pertama tahun 2020, hasil siri konsultasi selama lima tahun mengenai perkara itu. Kenyataan Naidoo mengikuti keputusan FirstRand Bank (FNB) – salah satu institusi kewangan terbesar di Afrika Selatan – untuk menghentikan penyediaan perkhidmatan perbankan kepada bursa perdagangan matawang digital pada akhir bulan November. FNB dilaporkan menyalahkan ketidakpastian peraturan bagi langkah itu.

Komuniti blockchain dan kripto telah memberi respons kepada idea kawalan matawang kripto. Komuniti pembangunan blockchain Afrika Selatan, SA Crypto memberitahu : “Implikasi dari SARB yang mengawal penggunaan matawang kripto untuk tujuan kawalan modal yang lebih ketat adalah membimbangkan.”

Matawang kripto telah terbukti popular di Afrika Selatan, dengan 10.7% daripada penduduk negara yang tersebut memiliki kripto, yang mana merupakan negara dengan pengunaan tertinggi yang dikaji. Pembayaran rentas sempadan merupakan faktor penyebab populariti kripto di negara ini, terutamanya bagaimana kiriman wang sering dihantar dari negara-negara seperti Afrika Selatan ke 15 negara lain di benua yang dikenali sebagai Komuniti Pembangunan Afrika Selatan.

Rujukan:

https://www.iol.co.za/business-report/economy/sarb-plan-for-new-rules-using-digital-currency-38473491

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.