Default – Above Header Ads

Bank Pusat Belanda: Blockchain ‘Berpotensi Tinggi Tetapi Tidak Efektif’ Dalam Pembayaran

Dalam sebuah catatan blog yang diterbitkan pada Khamis, De Nederlandsche Bank (DNB) menyimpulkan bahawa teknologi lejar teragih (DLT) tidak sesuai dengan infrastruktur pembayaran kewangannya yang sedia ada kerana keupayaannya untuk skala transaksi besar dan isu-isu lain.

DNB menawarkan pendapat berdasarkan keputusan projek yang dipanggil Dukaton, yang menjalankan beberapa eksperimen yang telah menguji empat prototaip DLT sejak tiga tahun yang lalu. Dukaton berhasrat menjalankan penyelidikan dalam usaha untuk memahami sejauh mana nilai teknologi yang baru ini dapat dibawa ke sistem pembayaran sedia ada negara. Menguji prototaip pertama bersasaskan blockchain Bitcoin, pasukan tersebut menggunakan algoritma konsensus yang berbeza dan mekanisma pengesahan pada peringkat seterusnya.

Berikutan ujian itu, bank pusat mengakui bahawa blockchain dapat meningkatkan daya tahan infrastruktur kewangan terhadap serangan luaran, namun manfaat ini datang dengan mengorbankan “skalabiliti, keupayaan dan kecekapan,” menurut laporan tersebut.

Sumber:

https://www.coindesk.com/dutch-central-bank-blockchain-promising-but-inefficient-in-payments/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads