Default – Above Header Ads

Bank Pusat Brazil Implementasi Garis Panduan IMF untuk Klasifikasi Kripto

Bank pusat Brazil telah bertindak untuk mengklasifikasi aset matawang kripto yang dibeli atau dijual menurut garis panduan International Monetary Fund (IMF).

Bank pusat Brazil mengumumkan keputusannya pada 26 Ogos. Dengan klasifikasi di bawah standard IMF, matawang kripto yang didagang akan diklasifikasi sebagai produk bukan kewangan dan kerana itu, akan dianggap sebagai barangan dalam penyata imbangan bank pusat itu.

Penyata imbangan bank pusat, sama seperti penyata imbangan bank biasa, menyimpulkan kedudukan kewangannya, dan mengandungi aset, ekuiti dan liabiliti.

Memandangkan membeli dan menjual matawang kripto melibatkan pelaksanaan kontrak pertukaran asing, bank pusat menganggap menjual dan membeli aset kripto dalam statistik eksport dan import. Tambahan lagi, kerana Brazil adalah pengimport aset kripto, ini telah menyumbang kepada pengurangan surplus perdagangan di penyata imbangannya.

Menurut Cointelegraph Brasil, klasifikasi matawang kripto sebagai barangan adalah signifikan. Pengiktirafan matawang kripto sebagai harta akan menjadikan mereka layak untuk digunakan sebagai mekanisme pembayaran.

Bank pusat itu menyatakan bahawa klasifikasi telah direkomen oleh The Balance Payments Statistics Committee – satu jawatankuasa penasihat kepada Jabatan Statistik IMF yang fokus kepada metodologi statistik sektor luaran.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph sebelum ini, ketua ekonomi IMF Gita Gopinath menyertai pegawai lain dalam merekomen penguatkuasa untuk berhati-hati dalam memantau dan mengambil tindakan terhadap matawang kripto yang dicadangkan Facebook, Libra.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/brazil-central-bank-adopts-imf-guidelines-for-crypto-classification

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads