Default – Above Header Ads

Bank Pusat Laos Mengeluarkan Amaran Terhadap Penggunaan Matawang Kripto

Bank pusat Laos telah mengeluarkan amaran kepada orang awam terhadap penggunaan, pembelian dan penjualan matawang digital, menurut laporan media tempatan Vientiane Times pada 21 Mei.

Bank of the Lao PDR telah mengeluarkan amaran kepada peserta pasaran kewangan dan orang awam terhadap transaksi matawang kripto kerana mereka dianggap haram dalam Negara itu. Bank itu sebelum ini telah melarang institusi kewangan dari menjalankan apa-apa operasi dengan matawang kripto, dan juga membuat pelaburan dalam aset itu.

Bank itu kononnya bimbang dengan identiti penghantar dan penerima yang tidak diketahui dalam transaksi matawang kripto, yang ia risau akan menambah risiko penggunaan aset digital dalam penggubahan wang haram. Sumber yang tahu tentang perkara itu memberitahu Vientiane Times bahawa penguatkuasa tidak mempunyai sistem keselamata yang relevan untuk melindungi pemilik matawang kripto.

Walaupun beberapa negara, seperti Kanada, Malta dan Switzerland telah menerima kelas aset baru dalam peringkat yang berbeza, penguatkuasa sekeliling dunia masih lagi menunjukkan perasaan skeptik terhadap  kripto, sementara ada yang lain memanggil untuk melarangnya.

Di Amerika Syarikat, di mana status undang-undang kripto boleh berubah dari satu negeri ke negeri yang lain, Ahli Kongres California Brad Sherman baru-baru ini memanggil untuk larangan sepenuhnya terhadap matawang kripto. Sherman mendakwa bahawa kripto melambangkan ancaman kepada kuasa US Dolar untuk memberi impak kepada pembangunan ekonomi dunia.

Pada bulan April, Cointelegraph melaporkan bahawa kerajaan India mempertimbangkan larangan sepenuhnya terhadap matawang kripto di bawah Prevention of Money Laundering Act kerana ia boleh digunakan untuk penggubahan wang haram. Kementerian Hal Ehwal Korporat dilaporkan menyatakan bahawa matawang kripto digunakan dalam skim penipuan untuk “menipu pelabur yang mudah percaya.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/central-bank-of-laos-issues-warning-against-using-cryptocurrency

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads