Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bank Pusat Rwanda Mengeluarkan PSA tentang Scam Cepat Kaya Matawang Kripto

The National Bank of Rwanda, bank pusat negara itu, telah mengeluarkan pengumuman perkhidmatan awam tentang scam matawang kripto, menurut terbitan Twitte rasmi pada 30 Mei.

Bank pusat itu khususnya memberi amaran kepada awam tentang scam ICO dan skim Ponzi berdasarkan kripto, yang kononnya menawarkan pulangan yang cepat dan signifikan untuk pelaburan bagi pelabur baru. Scam seperti ini dilaporkan sudah aktif di Rwanda, melalui firma seperti Supermarketings Global Ltd, 3 Friends System (3FS) Group Ltd, OneCoin, and Kwakoo (OnyxCoin).

The National Bank of Rwanda menasihati pelabur untuk memeriksa projek berpotensi mereka, dan mengingatkan orang awam bahawa ia tidak akan memberi pampasan kepada mangsa scam.

Menurut laporan oleh Cointelegraph, kajian pada tahun 2018 merumuskan bahawa lebih 80% daripada ICO sepanjnag tahun lalu adalah scam; namun begitu, hanya 11% daripada jumlah dana yang dilaburkan ke dalam ICO pada tahun 2017 hilang kerana aktiviti penipuan.

Pada 28 Mei, polis Rusia dilaporkan membuat tangkapan antarabangsa seorang pencipta skim piramid kripto yang beroperasi di Kazakhstan, yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya seorang pelabur kehilangan 14 juta Kazakhstan tenge ($36,700). Suspek itu diisytiharkan “wanted” oleh Interpol selepas meninggalkan Kazakhstan pada awal tahun 2019.

Bulan Mei 2019 telah melihat dua lagi dakwaan dan penyiasatan berskala besar terhadap scam kripto di seluruh dunia, di Amerika Syarikat dan Brazil.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/rwandas-central-bank-issues-psa-on-alleged-cryptocurrency-get-rich-quick-scams

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.