Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bank Pusat Sepanyol: Bitcoin Tidak Efisyen Sebagai Sistem Pembayaran Berskala Besar

 

Bank pusar Sepanyol, Banco de España (BDE), telah menerbitkan laporan mengatakan Bitcoin tidak efisyen sebagai sistem pembayaran. Walaupun begitu, laporan itu mungkin perlu dikemas kini dan menambah tentang protokol lapisan kedua, seperti Lightning Network.

Penulis laporan itu, Naib Pengarah Jeneral Infrastruktur Pasaran dan Inovasi Kewangan BDE, Carlos Conesa, bermula dengan baik. Tajuk yang dipilih seperti telah difikirkan dalam tempoh masa yang lama: ‘Bitcoin: A solution for payment systems or a solution in search of a problem?’

Kemudian diteruskan dengan 10 halaman (seperti dalam setiap analisa bank pusat) tentang apa itu Bitcoin dan bagaimana ia berfungsi. Bahagian kedua laporan itu melihat kepada sama ada Bitcoin sesuai untuk menjadi sistem pembayaran yang baik (jawapannya tidak). Hakikatnya, tajuk yang dipilih oleh Conesa menggambarkan keseluruhan agenda laporan itu.

Laporan itu disusun seperti ini; analisa ciri asas Bitcoin; terangkan mengapa ini menyebabkan sistem pembayaran yang terlalu rumit. Contohnya, ciri seperti desentralisasi dan ketiadaan pengantara dikatakan sebagai mengehadkan pertukaran nilai yang besar.

Menurut laporan itu, desentralisasi memerlukan “proses pengesahan intensif dalam Penggunaan sumber, yang mengurangkan tahap efisyen sistem.” Berbanding “sistem pusat dengan pengantara yang dipercayai oleh pihak yang bertransaksi yang membolehkan sistem yang mudah dan murah.”

Salah satu hujah Conesa bertentangan Bitcoin sebagai sistem pembayaran adalah kebolehan memproses transaksi. Dia menyatakan bahawa potensi Bitcoin untuk memproses 600,000 transaksi harian “tidak signifikan” jika dibandingkan dengan sistem pembayaran global.

EXMO affiliate program

Ia benar, tetapi dengan pembangunan Lightning Network, statistik ini akan menjadi “tidak signifikan”.

Laporan ini seperti mengkritik Bitcoin dan membesarkan status quo. Ia telah mengabaikan perkembangan Bitcoin pada hari ini. Laporan ini tidak relevan kepada ekosistem Bitcoin pada hari ini.

Sumber:

https://bitcoinist.com/spain-central-bank-bitcoin-inefficient/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.