Default – Above Header Ads

Bank Raiffeisen Russia Terbitkan Gadai Janji Digital Menggunakan Blockchain

 

Anak syarikat Raiffeisen Bank International dari Russia telahmengeluarkan gadai janji digital menggunakan Masterchain, platform blockchain tempatan. Dokumen yang mengandungi data mengenai pihak-pihak dalam transaksi, pinjaman kreditdan tempohnya, dan harta yang dibeli telah diterbitkan dalam sistem pendeposit yang terdesentralisasi (DDS). DDS adalahberdasarkan kepada Masterchain – rangkaian blockchain Rusia untuk memindahkan data berharga – yang mana iadilaksanakan oleh sekumpulan bank tempatan utama yang dipimpin oleh Bank Negara Rusia.

Menurut Andrey Popov, pengarah jabatan IT Raiffeisen Rusia, dokumen yang disahkan dengan tandatangan digital dikirimkan kepada Rosreestr – agensi negara Rusia yang mengumpulkan data tentang asset hartanah – di mana ia diperiksa. Selepas pengesahan, “token gadai janji” masuk kedalam penyimpanan fail, yang dalam kes ini adalah Raiffeisen Bank. Sistem e-gadai janji Raiffeisen dilaporkan yang pertama di pasaran Rusia.

Bagi Raiffeisen, langkah kedua dalam penggunaan blockchain kepada hartanah adalah menggunakan blockchain untukmembeli dan menjual kontrak dan transaksi hartanah lain. Walau bagaimanapun, Rosreestr yang masih berada di luar Masterchain menghalang perkembangannya. Dua bank Rusiautama yang tidak dinamakan juga akan terlibat dalam sistem DDS dan merancang untuk mengeluarkan e-gadai janji padapenghujung tahun 2018.

Sumber:

https://www.kommersant.ru/doc/3750802

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.