Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bank Rizab St Louis Menerangkan Kenapa Bitcoin Tidak Akan Jatuh ke Kosong

 

Bank Rizab St Louis menerbitkan kajian tentang prospek jangka masa panjang harga Bitcoin. Ia mempertimbangkan kes bullish dan bearish, ‘moon and doom’, dan seperti yang dijangka menyimpulkan antara kedua-duanya.

Mereka yang negatif percaya harga Bitcoin akan jatuh ke kosong akhirnya. Mereka memberi hujah bahawa matawang kripto itu tiada sandaran, dan pada asasnya tidak mempunyai nilai. Bagi mereka, ia hanyalah menunggu masa untuk pasaran menyedari ini.

Bank Rizab St Louis pula memberi hujah bahawa sesuatu aset boleh didagangkan di atas nilai asasnya, tanpa nilai itu menjadi kosong. Contohnya, emas dan US dollar didagangkan di atas nilai asas mereka, untuk Aplikasi industri atau melepaskan beban cukai.

Aset-aset ini didagangkan pada harga premium untuk menunjukkan nilai mereka sebagai medium pertukaran, namun tanpa harga premium ini sekalipun, nilai mereka tidak akan jatuh ke kosong.

Laporan itu mencadangkan bahawa Bitcoin adalah pada asasnya satu sistem pengurusan pengkalan data, menawarkan penyimpanan dan pemindahan wang. Nilai asasnya datang daripada ciri-cirinya yang desentralisasi dan tidak memerlukan pihak ketiga, yang memberinya permintaan. Pembuangan kedua-dua ciri inilah yang menyebabkan tiada permintaan untuk ‘FedCoin’.

Selagi masih ada orang yang memberi nilai kepada ciri-ciri ini, harga terendah Bitcoin pasti akan lebih dari kosong. Dan selagi Bitcoin wujud dan mempunyai nilai lebih dari kosong, orang lain mempunyai kebebasan untuk menggunakannya. Ini adalah konsep yang sama dengan konsep Nassim Taleb, iaitu “minoriti yang degil yang dominan”.

St Louis menyimpulkan:

“Permintaan asasi untuk Bitcoin datang dari kenyataan di mana sekurang-kurangnya sebahagian manusia memberi nilai kepada Ciri-ciri [desentralisasi dan tiada keperluan pihak ketiga]. Permintaan asasi ini memberikan nilai lebih dari kosong kepada harga Bitcoin.”

Sumber:

https://bitcoinist.com/federal-reserve-st-louis-bitcoin-price/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.