Bank Sentral Rusia Kini Menguji Stablecoin Yang Disandarkan Aset
Bank of Russia, bank pusat negara, dilaporkan telah mula menguji stablecoin yang disandarkan kepada aset sebenar dalam ‘sand-box’ peraturan. Elvira Nabiullina, ketua bank pusat Rusia, mengatakan bahawa bank itu tidak menganggap bahawa stablecoin itu akan berfungsi sebagai alat pembayaran atau menjadi pengganti wang.
Nabiullina mencatatkan bahawa Bank of Russia sedang meneroka potensi penggunaan stablecoin – matawang kripto yang disandarkan kepada aset lain untuk mengelakkan turun naik yang dikaitkan dengan pasaran kripto. Dia berkata: “Kami sedang menguji kestabilan dalam ‘sand-box’ kami. Kami melihat syarikat-syarikat bersedia untuk mengeluarkan matawang kripto yang disandarkan ke aset sebenar tertentu. Di dalam ‘sand-box’ pengawalseliaan kami, kami mempelajari potensi penggunaan stablecoin tetapi kami tidak mengandaikan bahawa mereka akan berfungsi sebagai cara pembayaran dan menjadi pengganti kepada wang.”
Menurut laporan itu, bank pusat Rusia juga terus meneroka kemungkinan mengeluarkan mata wang digital bank pusat (CBDC) sendiri, ruble digital, menurut Nabiullina. Pejabat itu menekankan bahawa bank tersebut ingin memahami manfaat yang berpotensi dari pembangunan CBDC berdasarkan pengalaman bidang kuasa lain di seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, Nabiullina memberi amaran bahawa pengeluaran ruble digital boleh membawa kepada beberapa “kesan serius” termasuk perubahan dalam struktur pasaran kewangan seperti aliran keluar deposit.
Rujukan:
https://www.interfax.ru/russia/689362
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!