Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bank Swiss Memperkenalkan Pemindahan Bitcoin, Litecoin, Ether dan Bitcoin Cash Secara Langsung 

 

Falcon, bank persendirian dari Switzerland mengumumkan pada 21 Januari bahawa ia akan melancarkan sokongan untuk pemindahan secara langsung beberapa matawang digital.

Perkhidmatan ini terbuka untuk kedua-dua klien persendirian dan Institusi bank itu.

Falcon adalah bank persendirian pertama dalam Switzerland yang mengambil langkah berani terhadap matawang kripto.

Ia akan memberi sokongan untuk Litecoin, Bitcoin, Bitcoin Cash dan Ether.

Dalam terbitan blog, litecoin.com mengatakan:

“Falcon menguatkan kedudukan penggerak pertama dalam perbankan blockchain dengan memperkenalkan pemindahan langsung matawang kripto.”

EXMO affiliate program

Perkhidmatan itu boleh didapati serta-merta dan klien kini boleh memegang dan memindahkan aset kripto mereka dalam Segregated Wallet bank tersebut.

Wallet Falcon akan membenarkan pengguna menukar kripto kepada fiat. Dengan perkhidmatan baru ini, Falcon berniat untuk menjadikan aset blockchain boleh di bank sepenuhnya.

CEO ban itu, Martin Keller berkata:

“Falcon sekali lagi mengambil peluang untuk menunjukkan kepakarannya sebagai ketua pasaran dalam ruangan aset digital dengan menggabungkan perkhidmatan perbankan persendirian tradisional dengan penyelesaian kewangan inovatif.”

Klien bank kini boleh meletakkan arahan perdagangan online atau bercakap dengan pengurus mereka.

Semua aset digital akan dimasukkan ke dalam dokumen laporan cukai dan kenyataan portfolio yang akan memberi satu lagi bentuk integrasi.

Bank akan menyimpan aset pengguna dalam penyelesaian jagaan aset mereka. Ia akan memberi perlindungan pelbagai lapisan yang akan melindungi transaksi, perisian dan perkakasan. 

Perkhidmatan jagaan itu telah di audit dan diperiksa oleh penyiasat persendirian.

Bank itu juga telah membangunkan proses untuk kekal patuh dengan peraturan KYC/AML dalam negara itu. Ia telah diluluskan oleh FINMA untuk mengurus aset blockchain pada Julai 2017.

Bank itu mempunyai operasi di London, Dubai, Luxembour dan Zurich.

Sumber:

https://blokt.com/news/swiss-private-bank-launches-direct-transfers-of-bitcoin-litecoin-ether-bitcoin-cash

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.