Default – Above Header Ads

Bank Utama Singapura Selesaikan Transaksi Pembiayaan Perdagangan DLT

Cabang perbankan CIMB Group di Singapura, yang merupakan salah satu daripada bank pelaburan terbesar Asia, telah menyelesaikan urus niaga pembiayaan perdagangan berasaskan blockchain untuk pertama kali. Transaksi ini diproses dengan menggunakan platform blockchain dan Internet of Things (IoT) yang dibangunkan oleh firma pembiayaan perdagangan tempatan, iTrust Trading.

Dengan menggunakan IOT berasaskan blockchain iTrust, CIMB berhasrat untuk meminimumkan risiko yang berkaitan dengan pembiayaan perdagangan komoditi dan memudahkan pelanjutan kredit untuk pelanggannya dengan memperoleh akses kepada pemantauan masa sebenar data kargo yang masih berada dalam transit dan juga di gudang. Teknologi ini dilaporkan menyediakan semua pihak berkepentingan dengan akses yang selamat dan integriti pada data yang dicatat di dokumen digital.

Mak Lye Mun, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Singapore, menyatakan bahawa pelaksanaan teknologi iTrust membolehkan bank untuk menyokong pelanggannya dengan lebih cekap dan mengurangkan kos, dengan cara mengurangkan risiko penipuan dan menyedarkan sebarang pergerakan kargo yang dibiayai tanpa kebenaran. Syarikat itu juga merancang untuk bekerjasama lagi dengan iTrust pada aplikasi teknologi di pasaran lain.

Rujukan:

https://sg.news.yahoo.com/cimb-bank-singapore-itrust-roll-064000205.html

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.