Bank Utama Thailand Uji Penyelesaian Blockchain Dari Visa Untuk Pembayaran Rentas Sempadan
Bank keempat terbesar di Thailand, Kasikornbank, baru-baruini menyertai program Visa B2B Connect yang berasaskanteknologi blokchain untuk pembayaran rentas sempadan. Kasikornbank adalah bank “pertama” di negara tersebut yangmenggunakan teknologi tersebut, menjadi peneraju untukpenggunaan blockchain yang lebih meluas di sektorperbankan negara.
Suripong Tantiyanon, Pengurus Negara Visa di Thailand, menyuarakan pandangannya tentang perkongsian ini, denganmenyatakan bahawa Visa B2B akan menyokongperkembangan dalam “keselamatan, tadbir urus dan teknologilejar digital.” Menurut Naib Presiden Kanan KasikornbankSiriporn Wongtriphop, menggunakan teknologi blockchainuntuk pembayaran antarabangsa akan membantu syarikatnyamenjadi “pemimpin dalam industri” kerana jaminankeselamatan tambahan.
B2B Connect dilancarkan pada 2017 untuk memprosespembayaran merentas sempadan korporat. Commerce Bank di AS, Shinhan Bank di Korea Selatan, Union Bank di Filipina dan United Overseas Bank di Singapura telah disebutkan di antara rakan kongsi pertama yang boleh membuat urus niagalangsung antara satu sama lain melalui teknologi B2B Visa berdasarkan teknologi blockchain.
Sumber:
http://www.nationmultimedia.com/detail/breakingnews/30354895