Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bekas CEO Overstock Menjual Keseluruhan 13% Saham dalam Firma untuk $90 Juta

Bekas CEO Overstock Patrick Byrne telah menjual sahamnya sebanyak 13% dalam firma untuk $90 juta untuk berpindah ke perdagangan emas dan kripto.

Byrne, yang telah berhenti dari Overstock pada 22 Ogos, telah menjual hampir 4.8 juta saham Overstock (OSTK), yang meliputi lebih dari 13% dari syarikat itu, menurut laporan penerbitan kewangan Amerika, MarketWatch pada 19 September.

Menurut pemfailan dengan SEC Amerika Syarikat, bekas CEO itu telah menjual sahamnya pada harga yang lebih rendah dan rendah dalam masa tiga hari yang lalu, dari harga $21.84 pada 16 September kepada $16.32 pada 18 September.

Berikutan pemfailan itu, Byrne telah menerbitkan surat awam yang berjudul “Satu Mesej kepada Bekas Rakan Sekerja di Overstock”, di mana dia mendedahkan perancangannya untuk berhenti berdagang semua yang lain kecuali tiga aset yang berlawanan kitaran kepada ekonomi,” termasuk emas, perak dan “dua perasa kripto”.

Dalam terbitan blog, Byrne menjelaskan pilihannya untuk berdagang emas dan perak kerana mereka disimpan di luar AS, sementara ia akan menjadi selamat untuknya mempunyai aset yang disimpan di Switzerland dan beberapa lokasi lain. Berkenaan kripto, Byrne menulis:

“Kripto itu disimpan dalam lokasi di mana semua kripto disimpan: dalam kekaburan matematik, di sebalik kunci yang panjang yang disimpan dalam ingatan seseorang yang agak bagun dalam menyimpan perkara seperti itu dalam ingatan.”

Overstock melihat sahamnya mencecah ketinggian 52-minggu seminggu yang lalu dalam perancangan untuk dividen khas, menurut MarketWatch. Tetapi penjualan Byrne menyebabkan sedikit kejatuhan dalam nilai saham OSTK, yang dilaporkan jatuh 21% pada 16 September, 11% pada 17 September dan 8% pada 18 September.

Baru-baru ini, CEO interim Overstock menekankan bahawa persaraan Byrne dari syarikat itu tiada kena-mengena dengan penyiasatan pengawalseliaan yang dijalankan oleh SEC, yang pertama kali didedahkan pada Disember 2017. Walaupun begitu, langkah Byrne nampaknya telah menjejaskan Overstock sebagai salah satu pelabur korporat utama dalam subsidiari blockchain tZERO telah menarik diri dari pelaburan empat hari selepas Byrne mengumumkan perletakan jawatannya.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/former-overstock-ceo-sells-his-entire-13-stake-in-the-firm-for-90m

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!