Default – Above Header Ads

Bekas Eksekutif JPMorgan: Untuk Setiap Hari Bitcoin Tidak Mati, Lebih Dekat Ia Menjadi Emas Digital

 

Dalam op-ed di Yahoo! Finance, Alex Gurevich, seorang profesor Matematik dan bekas eksekutif JPMorgan, percaya Bitcoin semakin menghampiri sifat emas digital “untuk setiap hari ia tidak mati.” “Walaupun kenaikan dan kejatuhan berbagai altcoin dan hard fork,” waktu “berfungsi MENYOKONG Bitcoin, bukan MENENTANGNYA. Setiap hari ia tidak hilang dan mati, ia melangkah lebih dekat ke status emas digital,” beliau terus menyatakan dalam op-ed tersebut.

Gurevich percaya bahawa ketika Ether bertarung menjadi tembaga digital, Bitcoin sedang dalam perjalanan untuk menjadi emas digital. Ini bermakna bahawa walaupun nilai Ether akan didorong oleh permintaan teknologi, Bitcoin akan didorong oleh keperluan tunggal untuk menjadi simpanan dan kecairan untuk mata wang kripto.

Disoal mengenai mengapa Bitcoin secara khusus merupakan pelopor dalam perlumbaan untuk memperoleh gelaran ini, beliau menjelaskan bahawa kelebihan penyandang gelaran emas ini (iaitu Bitcoin) sama seperti emas berbanding logam berharga lain, kerana ia telah diterima ramai. Bitcoin dalam proses mengatasi persaingannya. Beliau menambah lagi bahawa “setiap kali Bitcoin bertahan dan menjadi stabil, ia mendapat kredibiliti tambahan sebagai emas digital.”

Sumber:

https://finance.yahoo.com/news/in-quest-for-digital-gold-161310664.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads