Default – Above Header Ads

Bekas Eksekutif UBS Perolehi Dana $ 104 Juta Untuk Wujudkan Bank Kripto

 

Bekas eksekutif UBS perolehi $ 104 juta untuk mengendalikan Seba, sebuah bank kripto yang dikawal selia, dengan lesen perbankan dari Finma, pengawal selia kewangan Switzerland. Ketua Pegawai Eksekutif Seba, Guido Buehler, bekas pengarah urusan perkhidmatan aset di UBS, menyatakan bahawa syarikat itu telah memulakan proses memfailkan lesen perbankan dengan Finma.

Seba telah memperolehi dana $ 104 juta daripada pelabur swasta dan firma modal teroka termasuk Black River Asset Management AG dan Summer Capital. Sebaik sahaja lesen itu diluluskan oleh Finma, syarikat itu akan mendapatkan pembiayaan tambahan daripada pelabur untuk memanfaatkan bank itu dan memastikan ia dapat melindungi dana pelanggannya.

Seba adalah gabungan antara bank pelaburan dan pertukaran mata wang kripto, yang membolehkan pelanggan memegang dan memperdagangkan fiat dan mata wang kripto dengan bergantung pada perkhidmatan pelaburan dan pengurusan aset syarikat. “Visi kami ialah apabila anda masuk ke dalam akaun perbankan dalam talian anda, anda akan mempunyai akses kepada kripto dan fiat dalam satu akaun,” kata Buehler.

Sumber:

https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-09-26/ex-ubs-bankers-raise-funding-for-a-swiss-cryptocurrency-bank?

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads