Default – Above Header Ads

Bekas Pekerja Menyaman Bursa Pertukaran Kraken untuk Pembayaran Lebih $900,000

 

Jonathan Silverman, bekas pekerja Kraken yang diambil pada April 2017, dilaporkan menyaman bursa pertukaran itu, kerana ia gagal membayarnya untuk kerja yang telah dilakukan. Kes saman itu menuntut pampasan lebih $900,000.

Menurut Bloomberg, Silverman menguruskan kaunter jualan dan perdagangan antarabangsa Kraken di New York, dan dilaporkan mencapai persetujuan dengan CEO bursa pertukaran itu, Jesse Powell untuk dibayar sebanyak $150,000 sebagai gaji. Ia juga melibatkan persetujuan lisan, di mana Powell kononnya bersetuju untuk membayarnya 10% daripada keuntungan tahunan kaunter itu.

Silverman mendakwa kaunter perdagangan itu membuat lebih $19 juta dalam keuntungan dalam tiga bulan pada tahun 2017, dan dia belum menerima komisyen 10% itu, atau opsyen saham tambahan yang telah dijanjikan.

Christina Vee, jurucakap untuk Kraken, mengatakan bahawa:

“[Silverman] telah menipu dan juga melanggar perjanjian sulitnya itu.”

Pada tahun 2015, Kraken mengumumkan melalui terbitan blog bahawa ia akan menghentikan perkhidmatannya di New York, kerana lesen kontroversi BitLicense, yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kewangan negeri itu.

Tuntutan Silverman, tambah Bloomberg, mencabar bahawa Kraken betul-betul meninggalkan New York, kerana ia mendakwa bursa pertukaran itu “salah menafsirkan kepada orang awam dan Penguatkuasa kerajaan bahawa ia tidak beroperasi di New York.”

Dalam realiti, tuntutan itu mendakwa, kaunter perdagangan over-the-counter (OTC) berlaku “secara hampir eksklusif di New York.” Powell dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara mengenai BitLicense dan pendekatan Penguatkuasa New York dalam ruangan kripto.

Dalam kenyataan emel kepada Bloomberg, David Silver iaitu salah seorang peguam Silverman, menyatakan bahawa “kerana sesetengah orang di ruangan kripto tidak percaya peraturan itu dikenakan ke atas mereka tidak bermakna ianya adalah cara semua benda berlaku.”

Media itu menambah bahawa apabila Silverman meninggalkan Kraken, dia mencapai persetujuan dengan firma itu yang akan memberinya bayaran sebanyak $907,000, angka yang tuntutan itu mendakwa Kraken “tidak mahu” bayar.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/04/former-employee-sues-crypto-exchange-kraken-over-900000-payment/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads