Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Beli Bitcoin di Pasaraya: Bukan Hanya Satu Idea Sahaja

 

Coinme, syarikat pertama yang menerima lesen di Amerika Syarikat sebagai Operator ATM Bitcoin, akan bekerjasama dengan Coinstar untuk menawarkan pembelian Bitcoin melalui kiosk Coinstar dengan baucar yang boleh ditebus, yang didapati daripada pertukaran nickels dan pennies.

Dimulakan dengan beberapa lokasi, pembelian Bitcoin boleh dibuat di rantaian kedai seperti Vons, Albertsons dan Safeway. Pendedahan kepada Bitcoin melalui servis itu dijangka amat besar memandangka betapa popular dan besar Coinstar. Sudahpun menjalankan lebih 20,000 kiosk otomatik di seluruh Amerika Syarikat, lebih 90 peratus daripada penduduk tinggal 5 batu dari kiosk, menurut laporan dari firma itu.

Bitcoin kini boleh didapati di kedai runcit berdekatan anda melalui kiosk Coinstar, dan penawaran ini akan menjadikan ia lebih senang untuk pelanggan menyertai ekonomi baru yang dinamik ini.” – CEO Coinme, Neil Bergquist.

Dalam berita lain, meskipun terdapat ura-ura mengatakan Rusia akan membeli Jumlah Bitcoin yang banyak di masa terdekat untuk menentang sekatan ekonomi Amerika Syarikat, ianya tidak begitu tepat.

Menurut artikel yang diterbitkan di portal berita Forklog, Elina Sidorenko, pengerusi jabatan di Duma percaya bahawa tiada kemungkinan kerajaan Rusia akan mengambil Langkah itu di masa terdekat walaupun menyatakan minat kepada teknologi itu.

Sumber:

https://ethereumworldnews.com/purchase-bitcoin-btc-in-supermarkets-not-just-an-idea-anymore/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads