Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Berita Terkini Dunia Matawang Kripto 14 November 2017

Bitcoin Dalam Proses Pemulihan?

Nilai Bitcoin pada masa penulisan ini meningkat kembali kepada $6,618 (RM 27,739) setelah nilainya turun disebabkan oleh peningkatan pesaingnya iaitu Bitcoin Cash.

Manakala, nilai Bitcoin Cash kini merudum balik sebanyak 60 peratus, dari $2,300 (RM 9,640) ke $1200 (RM 5039) hanya dalam masa 24 jam.

Menurut Sheba Jafari, Naib Presiden Goldman Sachs, nilai Bitcoin boleh terus meningkat hingga $8,000 (RM 33,532). Beliau berkata nilai Bitcoin akan stabil pada $8,000 sebelum nilainya meningkat lagi. Penilaian harga Bitcoin oleh Sheba ini adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada jangkaan beliau sebelum ini iaitu harga Bitcoin akan stabil pada $4000.

Sumber:

https://www.coindesk.com/recovery-in-doubt-bitcoin-price-may-not-sustain-rebound-above-6500/

https://cointelegraph.com/news/bitcoin-cash-hype-bursts-as-60-losses-combine-with-bitcoins-return

https://cointelegraph.com/news/goldman-sachs-predicts-bitcoin-price-consolidation-around-8000-before-continuing-up

Suansana Blockchain Di Asia, Rumusan Dari Blockshow Meetup 2017.

Di Malaysia, Bitcoin masih tidak diterima secara meluas kerana masalah kawal selia dinyatakan sebagai masalah utama penerimaan Bitcoin yang perlahan. Namun, fintech di Malaysia berkembang pesat, dan ini akan membuka peluang kepada teknologi Blockchain untuk berkembang.

Di Singapura pula, keadaan menunjukkan Singapura sudah bersedia untuk memainkan peranan sebagai sebuah kuasa besar dalam industri teknologi blockchain.

Manakala di Hong Kong pula, ia sudah menjadi pusat utama industry teknologi blockchain. Suasana di sini juga mudah berkembang kerana peraturan membolehkan industri teknologi blockchain berkembang pesat serta mendapat galakan kerajaan di sana.

Akhir sekali di India, masyarakat dari kalangan pelabur, pelajar dan usahawan mula beralih arah ke industri blockchain. Ini bagus untuk evolusi teknologi blockchain di India kerana dengan kefahaman yang mendalam akan memberi perubahan yang bagus untuk India.

Rumusan kepada semua suasana ini adalah menunjukkan kepada teknologi blockchain akan terus berkembang dan akan memberikan impak positif di Asia.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/how-is-blockchain-in-asia-blockshow-meetup-conclusions

Bank Negara Brazil Kini Fokus Terhadap Usaha Penggunaan Teknologi Blockchain

Bank Negara Brazil sekarang mencuba pelbagai jenis teknologi blockchain untuk membantu pelbagai aspek teknologi kewangannya.

Antara teknologi Blockchain yang sedang dibangunkan adalah menggunakan Ethereum, Quorum dari JPMorgan, Hyperledger Fabric dan juga Corda.

Antara usaha yang difokuskan oleh Bank Negara Brazil adalah untuk melancarkan proses real-time gross settlement system (RTGS) menggunakan teknologi blockchain, yang dinamakan Brazilian Payment System.

Sumber:

https://www.coindesk.com/immature-no-longer-brazils-central-bank-is-ramping-up-its-blockchain-work/

Agensi PBB Akan Menggunakan Teknologi Blockchain Untuk Usaha Memerangi Pemerdagangan Kanak-Kanak.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah bekerjasama dengan World Identity Network (WIN) untuk membangunkan teknologi pengurusan identiti berasaskan blockchain untuk menghalang kegiatan pemerdagangan manusia.

Berkata Dr Mariana Dahan, CEO WIN, “Teknologi blockchain dipilih kerana ia mempunyai keberangkalian yang tinggi untuk menangkap penjenayah pemerdangan manusia”. Menurut Yannick Glemarec, Naib Pengarah Eksekutif Wanita PBB pula, teknologi blockchain adalah mempunyai potensi yang sangat bagus untuk menyelesaikan masalah pemerdagangan kanak-kanak, dan berupaya untuk menyelamatkan jutaan kanak-kanak.

Sumber:

https://www.coindesk.com/un-agencies-turn-to-blockchain-in-fight-against-child-trafficking/

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads