Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Berita Terkini Dunia Matawang Kripto 18 November 2017

BTC-LTC Lightning Network Pertama Sudah Siap

Lightning Network di antara Bitcoin dan Litecoin sudah siap dan sekarang sudah boleh digunakan untuk menghantar dan menerima transaksi di antara blockchain. Ini akan memudahkan dan mempercepatkan transaksi di antara BTC dan Litecoin. Selain itu, BTC-LTC Lightning network ini mempunyai kos yang lebih rendah dan lebih melindungi privasi pengguna.

Sumber:

http://www.nasdaq.com/article/the-lightning-network-now-supports-transactions-across-blockchains-cm878904/amp

20 Bank Sertai Perkongsian Blockchain Hong Kong-Singapura

Sebanyak 20 bank telah menyertai Perkongsian Blockchain Hong Kong-Singapura, iaitu satu inisiatif jaringan perdagangan yang menggunakan teknologi blockchain. Perkongsian ini akan membolehkan transaksi kewangan pertukaran dokumen digital dilakukan dengan pantas dan selamat di antara dua negara ini.

Inisiatif ini dijangka akan menarik perhatian pelbagai institusi di dua negara ini kerana ia menunjukkan kemampuan dan potensi teknologi blockchain dalam menyokong aktiviti perdagangan antara negara.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/twenty-banks-join-hong-kong-singapore-blockchain-partnership

Hyosung Kini Menyokong Transaksi Bitcoin di ATM

Hyosung, sebuah syarikat konglomerat Korea yang terkenal dengan pembuatan ATM, telah menyokong transaksi Bitcoin dalam setiap ATM yang dibina mereka.

Kerjasama antara Hyosung dan Just Cash membolehkan pengguna ATM Hyosung membeli Bitcoin menggunakan wang tunai. Pembelian Bitcoin akan menghasilkan resit yang mempunyai public dan private keys, yang dapat diakses menggunakan pembaca kod QR.

Hyosung akan menambah keupayaan pembelian Ethereum pula dalam masa terdekat.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/koreas-hyosung-now-supports-bitcoin-at-atms-will-soon-add-ethereum

ING Mencipta Penyelesaian Teknologi Blockchain yang Mesra Wall Street

ING, syarikat kewangan Belanda telah memperkenalkan sistem pembayaran yang mesra pembiaya berasaskan teknologi blockchain. Teknologi yang dibina mereka itu dinamakan sebagai “Zero-knowledge range proof” yang membolehkan kemampuan keselamatan dan privasi lebih tinggi berbanding blockchain biasa.

Realiti sekarang menunjukkan bahawa institusi kewangan berskala besar sudah beralih arah ke teknologi blockchain untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka. ING adalah muka baru setelah syarikat-syarikat besar kewangan seperti Mastercard, American Express, Bank of America dan Nasdaq mula beralih arah ke teknologi blockchain untuk mencari penyelesaian masalah mereka.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/ing-creates-wall-street-friendly-blockchain-solution

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.