Default – Above Header Ads

Berita Terkini Dunia Matawang Kripto 19 November 2017

Bank Pusat Eropah Mempertimbangkan Untuk mengawal Selia

Menurut Reuters, Bank Pusat Eropah (ECB) mempertimbangkan untuk mengawal selia penggunaan mata wang digital. Ahli Majlis Pentadbir ECB Ewald Nowotny mengulas:

“Kami berfikir sama ada penggubal undang-undang atau bank pusat perlu campur tangan (dalam mata wang digital), seperti yang berlaku di China di mana mereka mengharamkan penggunaan mata wang digital kerana ia dianggap sebagai penipuan.”

Perlu diingat bahawa China tidak mengharamkan mata wang digital, mereka mengharamkan bursa pertukaran mata wang digital dan ICOs. Namun Nowotny sedar pasaran mata wang digital hanyalah kecil dan tidak akan menjejaskan sistem kewangan tradisional.

Beliau juga turut mengingatkan masyarakat perlu berhati-hati dalam pasaran kewangan mata wang digital, kerana anda boleh untung dan rugi, sama juga seperti pasaran saham.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/european-central-bank-considering-bitcoin-regulation-according-to-council-member

Default – Inside Post Ads

Firma Swiss Akan Memperkenalkan Instrumen Shorting Kepada Pedagang Bitcoin

Vontobel, firma pengurusan asset Swiss akan memperkenalkan produk short untuk Bitcoin kepada para pelanggan mereka.

Menurut Eric Blattmann, Ketua Pengedaran Produk Kewangan di Vontobel, permintaan pelanggan yang menginginkan instrument short untuk Bitcoin akan memperbanyakkan pilihan instrument perdagangan Bitcoin. Pengumuman ini akan menarik lagi ramai pedagang tradisional untuk berdagang menggunakan Bitcoin.

Sumber:

https://www.coindesk.com/swiss-firms-let-traders-short-bitcoin-new-futures-products/

Nasdaq Sedang Meneroka Penyelesaian Untuk Menyimpan Data Pemilikan Aset Di Blockchain

Pengendali bursa saham global Nasdaq sedang mencari cara untuk menyimpan data pemilikan aset menggunakan blockchain.

Dalam permohonan paten baru-baru ini yang dikeluarkan oleh Pejabat Paten dan Tanda Dagangan A.S., Nasdaq menggariskan bagaimana ia menggunakan teknologi distributed ledger digunakan untuk mencatat siapa yang memiliki aset, serta menggunakan dompet digital untuk membolehkan pemilik mengakses aset tersebut.

Permohonan paten itu menyatakan bahawa “Walaupun distributed ledger technology seperti blockchain menunjukkan potensi yang besar, penambahbaikan dalam prestasi, kecekapan, dan keupayaan teknologi tersebut masih diperlukan.”

Sumber:

https://www.coindesk.com/nasdaq-contemplates-storing-asset-ownership-data-on-blockchain/

Lembaga Eksekutif Kesatuan Eropah Mengeluarkan Laporan Mengenai Blockchain Untuk Sektor Pendidikan

Lembaga Eksekutif Kesatuan Eropah telah mengeluarkan laporan baru tentang potensi teknologi blockchain dalam sektor pendidikan.

Laporan yang bertajuk “Blockchain in Education,” meneroka kemungkinan, cabaran, manfaat dan risiko penggunaan teknologi blockchain di sekolah-sekolah dan universiti. Disasarkan kepada penggubal dasar, kajian ini merupakan kajian penerokaan dalam topik blockchain dalam sektor pendidikan, berfokuskan kepada teknologi terkini dalam blockchain.

Laporan itu menjelaskan:

“Kajian penerokaan ini membincangkan nilai blockchain kepada pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan, dengan tumpuan khusus terhadap potensi akreditasi digital pembelajaran peribadi dan juga akademik.”

Walaubagaimanapun, laporan itu memberi amaran bahawa aplikasi blockchain untuk pendidikan masih di peringkat awal, menekankan bahawa hanya pelaksanaan yang terbuka dan terperinci dapat mencapai tujuan sebenar kenapa teknologi blockchain ini digunakan dalam sektor pendidikan.

Sumber:

https://www.coindesk.com/europes-executive-arm-issues-report-blockchain-education/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads