Default – Above Header Ads

‘Bersiap Sedia untuk Bitcoin $20K.’ Menurut CEO BitMEX selepas Fed Mencetak $53 Bilion

Bitcoin mungkin akan naik sehingga $20,000 kerana langkah kecemasan yang diambil oleh United States Federal Reserve, juga dikenali sebagai the Fed, menurut salah satu firma terbesar dalam industri itu.

Dalam tweet pada 18 September, CEO gergasi derivatif BitMEX Arthur Hayes, meramalkan bahawa langkah quantitative easing (QE) baru akan menyebabkan orang ramai semakin hilang kepercayaan kepada matawang fiat.

Komen itu datang sehari selepas Fed masuk untuk merendahkan kadar faedah ke atas beberapa pinjaman yang mencapai lebih 10%, atau empat kali sasarannya. Lebih daripada $53 bilion telah dimasukkan ke dalam ekonomi.

“QE4eva akan datang. Sebaik Sahaja Fed mendapat agama sekali lagi, bersiap sedia untuk #bitcoin $20,000.” Hayes menulis.

Suntikan QE Fed menandakan campur tangan kesemasan pertama sejak penghujung krisis kewangan tahun 2008, peristiwa yang secara langsung membawa kepada penciptaan Bitcoin.

Sementara matawang kripto itu masih belum melibat krisis global dalam skala yang sama, pasaran telah menunjukkan bahawa harga Bitcoin mendapat kelebihan daripada kekaburan ekonomi dan politik masa kini.

Bukan Sahaja Fed, malah European Central bank (ECB) juga mengikuti dengan trend QE sekali lagi tahun ini.

Menyempurnakan tindakan terbarunya awal bulan September, ramai yang percaya pasaran ingin ECB meneruskan dengan tindakan yang sama, membawa kembali kepada fenomena “QE4eva” yang digambarkan oleh Hayes.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/get-ready-for-bitcoin-20k-says-bitmex-ceo-as-fed-panic-prints-53b

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.