Default – Above Header Ads

BigQuery Google Menambah Pencarian Ethereum Classic DLT untuk Pembangun

 

Platform analitikal big data Google kini menawarkan pencarian maklumat blockchain berkenaan Ethereum Classic dan juga platform kripto lain.

Baru-baru ini Ethereum Classic ditambah ke platform BigQuery Google untuk menjadikan ia lebih mudah untuk pembangun dan pakar teknologi lain untuk mencari maklumat teknikal khusus di rangkaian blockchain ini.

Langkah oleh komuniti ETC ini adalah salah satu daripada strategi mereka untuk menambah peranan altcoin ini dalam pasaran kripto. Pakar Coindesk percaya bahawa kini ETC hanya merangkumi kurang dari 1 peratus daripada aktiviti kripto lain, seperti Bitcoin.

CEO startup DLT yang berurusan dengan pengesahan dan pengundian blockchain, OriginalMy, percaya bahawa BigQuery menambah ETC akan membolehkan firma dan pakar blockchain untutk mencari undi khusus atau tarikh penerbitan berkaitan artikel yang telah diterbitkan di media dengan mudah.

Syarikat seperti OriginalMy mempunyai pelanggan korporat kaya yang perlu membuat pencarian blockchain secara cepat.

Ketua Kooperasi ETC, Yaz Khoury, menggunakan BigQuery untuk mencari maklumat tentang bagaimana deposit ETC diedar kepada pemilik di luar bursa pertukaran.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Khoury percaya bahawa maklumat ETC telah ditambah kepada semua produk BigQuery Google, dan bukan hanya pakar teknologi sahaja yang akan mula mencari maklumat ini, berminat dengan Ethereum Classic dan cuba membina produk mereka atas rangkaian ETC.

Selain itu, faktor baru ETC ditambah ke Google akan membolehkan startup bekerja platform ETC untuk mempercepat perkembangan mereka – mereka akan mendapat komunikasi terus secara langsung dengan kumpulan pembangun ETC.

Sumber:

https://u.today/binance-coin-breaks-into-top-10-tron-gets-blue-tick-on-facebook

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.