![Default – Below Header Ads](https://coinmy.b-cdn.net/wp-content/uploads/2018/02/coinmy-782x73.png)
Bilangan ATM Bitcoin Cecah Rekod Dunia Terbaru, Kini Sudah Melebihi 6,000
![an image on a post on atm bitcoin 6000](https://coinmy.b-cdn.net/wp-content/uploads/2020/01/photo_2020-01-23_11-03-41.jpg)
Bilangan ATM Bitcoin (BTC) yang dipasang di seluruh dunia kini melepasi kejayaan baru melebihi 6,000. CoinATMRadar menunjukkan bahawa terdapat 6,004 mesin ATM Bitcoin dipasang di seluruh dunia, lebih daripada 65% daripadanya berada di Amerika Syarikat.
Selain itu, 108 mesin baru dipasang pada bulan ini dan data juga menunjukkan bahawa bilangan purata harian mesin ATM Bitcoin dipasang ialah 11 – kadar terpantas untuk tahun ini.
Lebih tiga perempat daripada mesin yang dipasang di seluruh dunia adalah di Amerika Utara, hampir 20% di Eropah dan hanya 2% di Asia. A.S. adalah rumah kepada 3,924 ATM, Kanada mempunyai 653, manakala negara-negara seterusnya di tangga empat teratas adalah United Kingdom dan Austria masing-masing dengan 272 dan 189.
Jumlah keseluruhan mesin ATM Bitcoin di seluruh dunia meningkat sekitar 1,000 sejak Jun, menunjukkan bahawa industri ini melihat pertumbuhan yang ketara. ATM Bitcoin, kadang-kadang dirujuk sebagai BTM, membenarkan pengguna membeli BTC, manakala lebih dari 35% mesin juga mempunyai keupayaan dua hala yang membolehkan menjual Bitcoin untuk mendapatkan wang tunai.
Rujukan:
https://coinatmradar.com/charts/growth/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!