Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Binance akan Menambah Perdagangan OTC Fiat-ke-Kripto dalam Sebulan

Bursa pertukaran kripto Binance merancang untuk menambah perdagangan over-the-counter (OTC) kepada platformnya dalam masa sebulan untuk membekalkan pengguna dengan fiat gateway.

Pengasas bersama Binance dan ketua pegawai pemasaran He Yi berkata dalam sesi media pada 17 September semasa Shanghai Blockchain Week bahawa bursa pertukaran itu akan menyokong fiat on-ramp melalui OTC untuk yuan China.

Dia menambah bahawa perkhidmatan baru itu akan menjadi sebahagian daripada perancangan Binance dalam bulan-bulan akan datang untuk meletakkan lebih banyak masa dan sumber untuk bersaing dalam pasaran China. Tambahan lagi, bursa pertukaran itu juga akan melancarkan perkhidmatan pembayaran untuk membolehkan pengguna dari 170 buah negara membeli aset kripto menggunakan matawang fiat di binance.com.

Perdagangan OTC fiat-ke-kripto telah menjadi bahagian kritikal dari segi fiat on-ramp untuk pedagang kripto yang beroperasi di China memandangkan penguatkuasa tempatan menghalang sambungan secara langsung bursa pertukaran ke bank dan deposit fiat sebagai sebahagian daripada larangan ke atas ICO pada bulan September 2017.

Bursa pertukaran kripto China lain seperti Huobi dan OKCoin telahpun berpindah ke lokasi luar negara dan menawarkan perdagangan kripto-ke-kripto sambil merekrut market maker pasaran OTC ke dalam platform mereka untuk membantu pengguna membeli dan menjual kripto menggunakan yuan China.

Berita tentang kapabiliti OTC Binance datang selepas bursa pertukaran itu, yang menurut data CoinMarketCap, adalah yang terbesar di dunia mengikut jumlah perdagangan, dengan cepat membuat perjanjian untuk menambah huungannya dengan ekonomi dunia sebenar dan menambah baik hubungannya dengan kewangan mainstream.

Pada awal bulan September, ia telah mula menawarkan sandbox untuk ujian platform perdagangan futures kripto yang dipanggil Futures A dan Futures B. Pengguna akan undi mana satu yang terbaik. Hari berikutnya, ia berkata ia telah memperoleh JEX yang berdaftar di Seychelles, suatu bursa pertukaran derivatif kripto.

Sumber:

https://www.coindesk.com/binance-to-add-fiat-to-crypto-otc-trading-in-a-month-co-founder-says

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.