Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Binance dan Coinbase Melihat Kenaikan Mendadak dalam Trafik

Dua daripada bursa pertukaran matawang kripto paling popular, Binance dan Coinbase, telah melihat dalam 1 juta pelawat unik setiap hari pada bulan April, dengan ramai mempercayai bahawa kenaikan mendadak Bitcoin baru-baru ini menyebabkan lawatan ke laman website kedua-duanya meningkat 13 dan 27 peratus.

Data terbaru menunjukkan kedua-dua bursa pertukaran itu melihat peningkatan signifikan dalam trafik laman web pada bulan yang lalu. Peningkatan jumlah lawatan unik bulanan berkait secara langsung dengan peningkatan yang dialami Bitcoin tahun ini.

Kevin Rooke, penganalisa di Toronto, menerbitkan graf menunjukkan trafik untuk kedua-dua Binance dan Coinbase, yang menunjukkan kedua-dua laman web meningkat dari segi trafik.

Data dari SimilarWeb menunjukkan trafik purata harian Binance telah naik sebanyak 13 peratus pada bulan April. Dengan 1,183,000 lawatan, bursa pertukaran Malta itu melihat bulan terbaiknya sejak all-time high pada bulan Oktober 2018. Data itu tidak mengejutkan komuniti kripto, memandangkan Binance dilihat sebagai ketua dalam industri.

Namun begitu, memandangkan Binance kini berhadapan dengan penggodaman serius yang menyebabkan kehilangan Bitcoin bernilai $40 juta, trafik bulan Mei bursa itu mungkin akan terjejas.

Bursa pertukaran terbesar di Amerika Syarikat, Coin base, melihat peningkatan yang lebih besar dalam trafik laman web dari Binance. Dengan 930,000 lawatan setiap ahri pada bulan April, bursa itu melihat peningkatan sebanyak 27 peratus dari bulan yang lalu.

Syarikat itu baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah menambah Dogeccoin ke dalam wallet Coin base, tetapi berdepan dengan bantahan dari komuniti kerana yuran tinggi dan penambahan cukai kepada debit card Coinbase. Ini boleh menjejaskan jumlah pelawat syarikat itu bulan ini, kerana kontroversi dalam industri kripto jarang bertukar kepada peningkatan dalam penggunaan.

Sumber:

https://cryptoslate.com/binance-and-coinbase-see-major-spike-in-traffic-as-bitcoin-jumped-in-2019/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads