Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Binance Integrasikan Platform AML Coinfirm Untuk Patuhi Peraturan FATF

Bursa Perdagangan Kripto, Binance telah bekerjasama dengan syarikat permulaan kripto Coinfirm untuk memperbaiki pemantauan anti-pengubahan wang haram (AML). Integrasi Platform AML Coinfirm akan memudahkan pematuhan peraturan AML Binance yang dikeluarkan oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF).

Langkah-langkah baru yang ditetapkan oleh FATF memerlukan pengendali mata wang kripto mengetahui identiti penghantar dan penerima dana kripto, menjalankan usaha yang wajar untuk memastikan mereka tidak terlibat dalam aktiviti haram, dan membangunkan program pengkajian risiko.

Binance akan menggunakan produk Coinfirm untuk menilai dan menganalisis risiko AML berkaitan dengan lebih daripada 1,200 mata wang digital, token dan pelbagai blockchain yang ditawarkan pada platform dagangannya. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, CoinGecko turut menyertai rangkaian Coinfirm untuk meningkatkan algoritma Trust Score, serta menyediakan pengguna dengan cara melaporkan penipuan dan penggodaman.

Rujukan:

https://www.binance.com/en/blog/386484403820867584/Binance-Partners-with-Coinfirm-to-Protect-the-Global-Cryptocurrency-Economy-and-Ensure-Compliance-with-FATF-AML-Rules

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.