Default – Above Header Ads

Binance Membolehkan Pembayaran Kad Debit dan Kredit

 

Kumpulan dari Binance baru sahaja mengumumkan dalam blog rasmi mereka tentang kerjasama dengan Simplex, syarikat yang menawarkan proses pembayaran selamat dalam skala global.

“Kerjasama dengan Simplex membolehkan kami serta-merta mengecilkan jurang antara pembayaran kad kredit dan kripto untuk pedagang di seluruh dunia. Di binance.com, anda kini boleh membeli kripto menggunakan kad kredit dan mula berdagang dalam beberapa minit.”

Pengasas bersama dan CEO Simplex, Nimrod Lehavi juga mempunyai pandangan yang sama, yang mengatakan bahawa “pembayaran kad kredit yang cepat dan mudah, untuk pengguna biasa, adalah faktor utama untuk penggunaan kripto secara meluas. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Binance dan bersama-sama membolehkan pengalaman yang lebih baik, cepat dan mudah.”

Mereka mengatakan bahawa satu daripada matlamat utama mereka adalah untuk meningkatkan penggunaan matawang kripto, dan menjadikan ia lebih mudah didapati untuk peminat blockchain. Jadi, semua orang boleh menggunakan kad Visa atau MasterCard untuk membeli matawang digital yang berbeza, seperti BTC, ETH, LTC dan XRP. “Kami ingin memberi pedagang Binance akses yang mudah dan cepat kepada kripto, dalam cara yang paling selamat,” CEO Binance, Changpeng “CZ” Zhao berkata.

Pengguna akan mendapat kebaikan daripada perkhidmatan yang cepat, iaitu 10-30 minit setiap matawang kripto, dan juga caj transaksi yang rendah, iaitu $10 atau 3.5% bergantung kepada caj yang mana yang lebih tinggi.

Sumber:

https://coindoo.com/binance-just-enabled-debit-and-credit-card-payments/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads