Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Binance Mempertimbangkan untuk Menjadi Nod Libra

Pada bulan Jun lalu, Facebook telah melancarkan laman web untuk projek matawang kriptonya, Libra, dengan whitepaper.

Media sosial gergasi itu juga mengumumkan nama-nama syarikat gergasi lain yang akan menjalankan 23 nod pertama yang disahkan dalam 100. Senarai itu termasuk syarikat seperti Visa, Uber, eBay, Vodafone dan juga Facebook sendiri.

CryptoPotato berpeluang menemubual Ketua Pegawai Strategi Binance, Gin Chao semasa Konferens FinTech Junction di Tel Aviv. Chao adalah bekas eksekutif pembangunan korporat untuk kedua-dua NBA dan Dell.

Chao telah mengesahkan bahawa bursa pertukaran kripto besar itu sedang mempertimbangkan untuk menjadi nod dalam rangkaian Libra. Chao juga berkongsi visi bursa pertukaran itu untuk Libra, dan apabila ditanya sama ada Binance mempertimbangkan untuk menjadi nod Libra, berkata:

“Sudah tentu kami mempertimbangkannya. Jadi, kami juga ingin terlibat dalamnya. Sama ada kami akan menjadi nod, kita akan lihat.”

Chao juga menyatakan pendapatnya tentang impak pengumuman Libra terhadap keseluruhan ekosistem matawang kripto:

“Ianya sesuatu yang baik, sudah tentu. Bila-bila masa syarikat yang mempunyai saiz, sumber dan impak seperti Facebook terlibat, ia mengiktiraf kedua-dua blockchain dan dalam kes ini, matawang kripto secara khusus. Jadi sama ada Libra akan berjaya atau tidak, ia tetap sesuatu yang baik.”

Chao percaya Libra melambangkan jambatan terbaik untuk penggunaan matawang kripto yang kita sudah lihat setakat ini kerana ia akan menunjukkan use case yang betul tentang penggunaan kripto. Tambahan lagi, Facebook boleh meletakkan harga untuk perkhidmatan dan ciri-cirinya dalam Libra.

Sumber:

https://cryptopotato.com/exclusive-binance-considering-to-a-become-facebooks-libra-node/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.