Default – Above Header Ads

Binance Menawarkan Token Berjumlah $100k Kepada Pengguna

 

Bursa pertukaran kripto Binance ingin menarik lebih ramai orang menguji platform pertukaran desentralisasinya (DEX) dengan menawarkan token berjumlah $100,000.

Mengumumkan berita itu dalam Twitter pada 1 Mac, CEO Binance Changpeng “CZ” Zhao berkata:

“Untuk menguji @Binance_DEX, kami akan menawarkan $BNB, dalam lebih kurang $100,000 USD, sebagai ganjaran untuk pertandingan perdagangan testnet kami.”

Inisiatif itu, katanya, akan membantu bursa pertukaran itu melancarkan mainnet Binance DEX dengan lebih cepat.

Menurut laman web Binance, dana itu akan boleh diperolehi sebagai hadiah dalam pertandingan simulasi perdagangan yang akan berlangsung pada Khamis hadapan.

Pengguna bursa pertukaran perlu memegang sekurang-kurangnya satu token Binance Coin (BNB) dalam akaun mereka untuk layak menyertai pertandingan itu. Setiap akaun boleh mendaftar sehingga 20 alamat Binance Chain dan akan menerima 200 token BNB secara virtual untuk setiap alamat untuk digunakan sebagai dana awal untuk pertandingan itu.

Firma itu berkata bahawa testnet Binance Chain akan di reset Sebelum 08:00 UTC pada 7 Mac, memadam semua baki aset yang ada. Selepas itu, pertandingan perdagangan itu akan dimulakan.

Binance akan membahagikan pertandingan itu kepada dua acara berbeza, dengan hadiah dalam BNB untuk kedua-duanya.

Yang pertama adalah “Token Competition for Healthy Prive Volatility” yang akan melihat pengguna bersaing untuk mengeluarkan dan menyenaraikan token dalam testnet. Terdapat tiga hadiah untuk acara ini, bernilai dalam 1,000-3,000 BNB.

Yang kedua adalah “Absolute Return Competition” yang akan dinilai berdasarkan pulangan keseluruhan yang dicapai pengguna dengan strategi perdagangan mereka ke atas token-token khusus. Untuk acara ini, 20 hadiah akan diberikan yang bernilai dalam 50-1,000 BNB.

Sumber:

https://www.coindesk.com/binance-puts-up-100000-in-tokens-to-get-users-testing-its-dex

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.