Default – Above Header Ads

Binance Mengumumkan Bounty untuk Definisi Jargon Kripto

 

Binance Academy mengumumkan program bounty yang akan memberi ganjaran kepada individu yang membekalkan istilah untuk dimasukkan ke dalam glosari kripto. Program itu adalah sebahagian daripada projek besar yang bertujuan untuk menawarkan sumber pendidikan percuma tentang matawang kripto dan blockchain.

Program dua-minggu itu diumumkan pada 14 Mac dan dijadualkan untuk berakhir pada 28 Mac pada 00:00 UTC. Semasa tempoh itu, penyumbang boleh memberi entri 200-500 patah perkatan menggunakan Google Forms. Sebagai ganti, Binance Academy akan memegang hak cipta kepada entri glosari yang diluluskan. Keperluan lain termasuk maklumat penulis, senarai rujukan, dan format penghantaran entri itu.

Setiap entri yang diterima akan diberi ganjaran 2 Binance Coins (BNB) dan akan terdapat ganjaran tambahan untuk 5 penyumbang teratas. Penyumbang terbaik akan mendapat 10 BNB sementara penyumbang kedua sehingga kelima terbaik akan mendapat 5 BNB. Menurut kenyataan dari Binance, semua pemenang bounty akan menerima token mereka menjelang 18 April.

Binance Academi, Bahagian pendidikan bursa pertukaran Binance dilancarkan dengan tujuan untuk mempromosi pendidikan matawang kripto dan blockchain melalui sumber pembelajaran yang “tepat, tidak bias dan percuma” tentang topik berkaitan matawang kripto. Inisiatif ini sudah mengumpulkan sumber tentang topik seperti asas blockchain, coin dan token dan sekuriti.

Binance terkenal dengan menggunakan program dan pertandingan untuk memberi insentif penyertaan kepada komuniti matawang kripto. Contohnya, undian coin komuniti bulan itu telah membawa kepada penyenaraian coin yang diundi oleh ahli komuniti. Ini telah memberi perhatian kepada projek kripto yang mempunyai komuniti yang aktif. Selain itu, pertandingan membuat kod Binance Dexathon pada tahun 2018 telah menghadiahkan $1 juta kepada pembangun yang membina versi terbaik Binance Dex.

Sumber:

https://cryptoslate.com/binance-announces-bounty-for-submitting-crypto-jargon-definitions/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads