Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Binance Mengumumkan Perdagangan Bitcoin Futures dengan 20x Leverage

Binance akan menambah perdagangan leveraged futures kepada platform pertukaran kripto dalam beberapa minggu ini. Itu menurut ucapan keynote yang disampaikan oleh CEO Changpeng Zhao di Asia Blockchain Summit pada hari Selasa.

Ciri baru itu akan membolehkan pengguna membuka kedudukan long dan short ke atas pergerakan harga Bitcoin dengan leverage sehingga 20x ganda.

Pasaran untuk derivatif Bitcoin dan perdagangan leveraged nampaknya sudah meletup. Seperti yang dilaporkan CCN beberapa minggu yang lalu, platform derivatif kripto BitMEX merekod jumlah perdagangan $1 trilion dalam masa 365 hari. Binance berharap untuk mengambil kesempatan terhadap permintaan untuk perdagangan high-leverage ini.

Dalam masa dua tahun yang pendek, Binance telah meletakkan namanya sebagai bursa pertukaran kripto terbesar melalui jumlah perdagangan. Dengan menambah perdagangan futures, Binance mengembangkan dominasinya ke atas bursa pesaing. Pengguna bukan sahaja mendapat pendedahan kepada Bitcoin, tetapi juga bertaruh ke atas pergerakan harganya, dikenali sebagai shorting.

Dengan menambah perdagangan leverage pada 20x, pengguna boleh menambah keuntungan mereka. Ia datang selepas bursa pertukaran itu baru-baru ini mendedahkan perancangan untuk membolehkan margin trading.

Ciri-ciri baru akan menambah kecairan yang signifikan kepada ekosistem perdagangan Bitcoin dan menarik masuk lebih banyak pedagang yang sofistikated. Changpeng Zhao, dikenali sebagai CZ, berkata platform perdagangan futures akan mula ujian dalam jangka masa pendek ini,  pada awalnya dengan BTC.

Seperti yang diterangkan penganalisa dan pedagang Luke Martin, langkah ini mengembangkan kawalan Binance dalam dunia bursa pertukaran. Gergasi kripto itu baru-baru ini melancarkan bursa pertukaran desentralisasi. Binance nampaknya memasuki setiap niche dalam pasaran.

Sumber:

https://www.ccn.com/crypto/binance-announces-20x-leverage-bitcoin-futures-trading/2019/07/02/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads