Default – Above Header Ads

Binance Mula Menerima Mata Wang Fiat Melalui Alipay Dan Wechat

Bursa mata wang kripto utama, Binance telah mula menerima mata wang fiat melalui perkhidmatan pembayaran dalam talian Alipay dan aplikasi permesejan dan pembayaran WeChat. Zhao dengan cepat menjelaskan bahawa Binance tidak bekerja secara langsung dengan WeChat atau Alipay, dan pengguna masih dapat menggunakannya untuk transaksi sesama mereka.

Langkah itu mengikuti pelaksanaan perdagangan ‘peer-to-peer’ Binance untuk Bitcoin (BTC), Ether (ETH) dan Tether (USDT) menggunakan yuan China (CNY). Perkhidmatan ini pada mulanya tersedia untuk pengguna Android yang sudah mempunyai akaun Binance yang didaftarkan selama sekurang-kurangnya 30 hari, dengan sokongan untuk iOS bakal menyusul.

Pada 7 Oktober, bursa itu juga mengumumkan pelancaran fasa kelapan produk pinjamannya. Para pelanggan akan diterima pada asas “siapa cepat, dia dapat”. Tempoh langganan bermula pada 10 Oktober dan berakhir pada 10 November, manakala faedah akan dibayar dengan serta-merta selepas jangka masa matang. Program “market maker” Binance yang dilancarkan pada akhir bulan September, menyasarkan pengguna yang jumlah dagangan bulanannya melebihi 1,000 BTC – atau boleh mencapai jumlah tersebut – dan yang juga mempunyai strategi perdagangan dalam pasaran yang berkualiti tinggi.

Rujukan:

https://cointelegraph.com/news/binance-starts-accepting-fiat-currencies-through-alipay-and-wechat

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads